Utusan Borneo (Sabah)

67 kumpulan projek pelajar semester 6 JKE politeknik sertai pameran

- Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

SEBANYAK 67 kumpulan projek pelajar semester 6 Jabatan Kejurutera­an Elektrik menyertai pameran projek semester akhir di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu.

Projek Semester Akhir adalah satu projek yang berkaitan dengan bidang pengajian di jabatan yang mesti dilaksanak­an secara berkumpula­n oleh pelajar semester akhir sebagai salah satu syarat untuk penganuger­ahan Diploma Kejurutera­an, kata Ketua Jabatan Kejurutera­an Elektrik Caroline Dame Siagian.

Katanya objektif Projek Semester Akhir adalah untuk memperting­katkan pengetahua­n dan kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu, percambaha­n fikiran, penyelesai­an masalah secara berkumpula­n serta menyampaik­an hasil projek melalui pembentang­an dan laporan.

“Pelajar akan dibimbing atau diselia dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berketramp­ilan dan beriltizam.

“Pada akhir pelaksanaa­n Projek Semester Akhir, seseorang pelajar itu akan mempunyai kebolehan menganalis­is, menilai dan bekerja secara berkumpula­n dalam menjalani prosespros­es penyelidik­an projek, kebolehan membuat kerja penyelidik­an, membuat rujukan dan memproses maklumat,” katanya.

Selain itu tambahnya, kebolehan dan peluang untuk mengguna teknologi moden yang sesuai seperti penggunaan komputer dan multimedia dalam menyelesai­kan masalah, keupayaan mengolah dan mengaplika­sikan pengetahua­n akademik serta pengalaman amali, kebolehan meyampaika­n hasil penemuan projek secara lisan dan bertulis dengan efektif, dan kebolehan merancang serta menguruska­n projek mengikut masa dan bajet yang diperuntuk­kan.

Pameran projek itu diadili oleh panel luar dan dalam. Panel luar diketuai oleh Eric Ooi dari ACE IT Solution, Md Hanafiah Suhaibul dan Jaikol Udar.

Pertanding­an projek itu dimenangi oleh Ecogen di bawah penyeliaan Mohd Ismi Aswaly Bin Hanimi. Tempat kedua pula dimenangi oleh RC 4 Wheel Robot with VR for pipeline remote inspection dan ketiga Water LEA & CHLO for Tank.

Kemenangan itu akan menjadi pemangkin dalam memartabat­kan dunia TVET khususnya warga Jabatan Kejurutera­an Elektrik.

 ??  ?? KETUA Jabatan Elektrik dalam sesi soal jawab dengan pelajar projek akhir.
KETUA Jabatan Elektrik dalam sesi soal jawab dengan pelajar projek akhir.
 ??  ?? CAROLINE dan Pengarah Program Albinus bersama panel luar.
CAROLINE dan Pengarah Program Albinus bersama panel luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia