Utusan Borneo (Sabah)

Dua tali barut KFR mati ditembak di perairan Pulau Bohayan, Kunak Muka

Dua tali barut KFR mati ditembak di perairan Pulau Bohayan, Kunak

-

KEJAYAAN menembak mati dua tali barut kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Bohayan, Kunak pada 20 September lepas membuktika­n pasukan keselamata­n sentiasa memiliki tahap kesiapsiag­aan tinggi dalam menghadapi sebarang kemungkina­n.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, keduadua tali barut KFR yang bersembuny­i di penempatan atas air Kampung Kunak Tiga cuba melarikan diri menggunaka­n bot pam ketika Op Gasak Khas Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di penempatan itu.

Sepasukan anggota bertindak mengejar dan suspek kemudianny­a melepaskan tembakan ke arah polis yang telah menyebabka­n berlaku berbalas tembak ketika berada di perairan Pulau Bohayan, Kunak.

Mayat kedua tali barut KFR ditemukan dalam bot pam berkenaan dan pemeriksaa­n lanjut menemui dua pucuk pistol jenis revolver serta lapan butir peluru dan sebilah pedang samurai.

Kejayaan itu telah mengimbau kenangan 33 tahun lalu di mana seorang bekas Pegawai Polis Marin Deputi Superinten­dan Salim Ibrahim sering menjalanka­n operasi di perairan itu.

Salim yang telah bersara wajib lima tahun lepas dan kini menetap di negeri kelahirann­ya di Johor mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pasukan keselamata­n atas kejayaan itu.

“Pujian juga kepada pasukan Esscom yang diketuai oleh Datuk Hazani Ghazali selaku Komander Esscom yang cukup komited dalam memperkasa­kan fungsi serta kewibawaan pasukan itu.

“Ini membuktika­n pasukan keselamata­n yang bertugas di pantai timur Sabah sentiasa siapsiaga dalam menghadapi sebarang ancaman pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata pasukan keselamata­n yang bertugas sejak dahulu lagi sangat serius menjaga kedaulatan perairan negara agar tidak dicerobohi dengan mudah oleh anasir luar, terutamany­a penjenayah rentas sempadan dan aktiviti KFR.

SALIM MENGIMBAU TUGAS DI PANTAI TIMUR SABAH

Mengimbau kenangan bertugas 1982 hingga 1987, Salim memberitah­u tanggungja­wab menjaga perairan pantai timur Sabah adalah menjadi tugas harian mereka dengan rondaan secara bergilir-gilir oleh Pasukan Polis Marin dari Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Beliau yang bermula bertugas di Sabah pada tahun 1980 memaklumi komitmen serta tanggungja­wab pegawai dan anggota keselamata­n terutamany­a Pasukan Polis Marin dalam menjaga kedaulatan perairan negara kerana dia sendiri merasai kehidupan itu selama 27 tahun.

“Sepanjang bertugas di Sabah, saya hanya bercuti selama 40 hari. Itupun kerana balik bagi menerima pelantikan jawatan sebagai inspektor polis. Pernah suatu ketika, pasukan kami terpaksa bertugas di perairan selama sebulan dan cuti tidak dimohon kerana suasana keselamata­n di perairan pantai timur Sabah tidak terjamin ekoran pergolakan politik masa itu.

“Kami biasanya sentiasa memasang telinga untuk mendengar sebarang berita situasi semasa melalui radio dan bersedia melakukan tindakan jika ada makluman sebarang pergerakan dan penceroboh­an,” katanya.

Beliau berkata biasanya rondaan mula awal petang hingga pagi meliputi perairan Tanjung Labian, Pulau Mataking dan Pulau Si Amil hingga ke Pulau Sipadan.

“Sepanjang rondaan dijalankan, kami akan sentiasa memeriksa bot atau kapal-kapal nelayan. Bot lipa-lipa milik masyarakat Palau dan kumpit ‘barter trade’ dari negara Filipina juga diperiksa bagi memastikan tiada sebarang aktiviti penyeludup­an atau sebaliknya,” katanya. Salim berkata sudah menjadi rutin kehidupan pasukan keselamata­n bahawa sebarang pergerakan bot di perairan akan dipantau rapi dan sebarang kecurigaan yang dilihat pada bot akan SALIM menatap potretnya selepas teringat kejadian pertempura­n di perairan pantai timur Sabah pada 1985. diperiksa agar kedaulatan negara tidak dibolosi.

“Semasa menjalanka­n tugas di perairan, saya sentiasa mengingatk­an anggota pasukan agar sentiasa mengambil langkah bersedia dan berhati-hati ketika membuat pemeriksaa­n terhadap setiap bot bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

BERTEMPUR DENGAN MUNDU

Pada masa itu, Salim menatap potretnya yang segak berpakaian polis. Seakan terngiang-ngiang bunyi tembakan dan bunyi bedilan bom semasa terlibat dalam pertempura­n dengan kumpulan mundu yang menyerang Bandar Lahad Datu pada 23 September 1985.

Beliau yang ketika itu pemangku Pegawai Memerintah Kapal Polis Diraja (KPD) Sabahan PX 29 berpangkal­an di Tawau dan berpangkat inspektor diarah memintas kumpulan mundu yang menyerang Bandar Lahad Datu, merompak bank dan menembak mati 10 orang awam dalam tragedi 33 tahun lepas.

Mereka adalah pasukan pertama yang berjaya memintas dua bot pam yang dinaiki kumpulan mundu untuk melarikan diri sebelum berlaku pertempura­n yang sengit antara pasukan Polis Marin dengan kumpulan terbabit sehingga ke Pulau Mataking.

“Kejayaan Pasukan Polis Marin menggempur mundu sehingga Pulau Mataking ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa bertugas sebagai pegawai Polis Marin,” katanya.

Beliau berkata kapal ronda KPD Sabahan PX29 di bawah kendaliann­ya telah berjaya menahan lebih kurang 400 pendatang tanpa izin (PTI) dan berjaya merampas 10 bot pam sepanjang menggalas tugas enam tahun di perairan timur Sabah.

“Saya juga merasa berbangga kerana Pulau Sipadan menjadi hak mutlak dan sah milik negara yang ketika dahulu adalah kawasan rutin rondaan Pasukan Polis Marin bersama Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Saya mengucapka­n syabas kepada pasukan polis kerana membuktika­n keupayaan mereka dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab menjaga kedaulatan perairan negara. Sayangi Malaysia,” katanya.

BOT RONDA MARIN PERLU MODEL & LENGKAPI PERALATAN CANGGIH

Salim berkata cadangan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berhubung kaedah sewa beli aset pengoperas­ian khususnya bot bagi meningkatk­an keupayaan penugasan PPM di pantai timur Sabah boleh dipraktikk­an.

“Pujian juga kepada pasukan Esscom yang diketuai oleh Datuk Hazani Ghazali selaku Komander Esscom yang cukup komited dalam memperkasa­kan fungsi serta kewibawaan pasukan itu. Ini membuktika­n pasukan keselamata­n yang bertugas di pantai timur Sabah sentiasa siapsiaga dalam menghadapi sebarang ancaman pada bila-bila masa. DEPUTI SUPERINTEN­DAN SALIM IBRAHIM Bekas Pegawai Polis Marin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia