Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan kepelbagai­an satu kekuatan

-

KUALA PENYU: Rakyat digesa agar memanfaatk­an kepelbagai­an kaum yang unik menjadi satu kekuatan bagi mempertaha­n perpaduan yang dibina sejak negara merdeka, kata Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Haji Abdul Rahman Yaakob.

Beliau yang juga Timbalan PengerusiP­erbadananB­aitulmal Negeri Sabah berkata rakyat perlu sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir yang cuba mengganggu-gugat keamanan serta keharmonia­n rakyat Malaysia.

Katanya, semua pihak harus bersama-sama mengelakka­n perpecahan kaum yang membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gabungan Kg.Manggis Kuala Penyu yang diadakan bagi meraikan kunjungan seramai 22 Ahli Rukun Tetangga Lorong Haji Da, Batu Buruk Kuala Terengganu.

Mereka diraikan dengan hidangan tradisi selain persembaha­n kebudayaan suku kaum Bisaya Kampung Manggis.

Sebelum ini, rombongan yang diketuai Pengerusi KRT Lorong Haji Da, Mazlan Ismail, turut melawat KRT Wilayah Persekutua­n Labuan.

Abdul Rahman berkata,konsep kunjungmen­gunjung dikalangan Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kawasan dari Semenanjun­g hingga ke Sabah dan Sarawak adalah platfom yang terbaik dalam memperkuku­hkan hubungan integrasi nasional antara masyarakat pelbagai kaum tanpa melihat perbezaan agama serta adat budaya.

Menurutnya, ia seiring seruan kerajaan baharu yang berpegang dengan prinsip “Sayangi Malaysiaku” mengangkat martabat hubungan kasih sayang sesama masyarakat dalam negara ke arah membangun negara bertunjang jalinan padu semua rakyat hidup dalam suasana aman dan makmur.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Perpaduan Kuala Penyu, Awang Anak Abdul Sani.

 ??  ?? ROMBONGAN KRT Lorong Haji Da Batu Buruk dan KRT Kampung Manggis mengambil gambar kenangan.
ROMBONGAN KRT Lorong Haji Da Batu Buruk dan KRT Kampung Manggis mengambil gambar kenangan.
 ??  ?? ABDUL Rahman (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­i kepada Ahli KRT Terengganu.
ABDUL Rahman (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­i kepada Ahli KRT Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia