Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kunak

-

KUNAK: Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kunak yang diadakan di Dewan Datuk Haji Zainal Gunung pada 28 September lepas berlangsun­g dengan meriah.

Kira-kira 250 orang terdiri daripada Pengerusi – Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT) Daerah Kunak serta pemimpin – pemimpin Parti Warisan Parlimen P 188 Silam hadir dalam majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah dengan kerjasama Jawatankua­sa Penyelaras RT Daerah.

Penolong Pegawai Pepaduan Semporna, Abdul Rahmat Maliullah berkata objektif program ini adalah untuk memberi suntikan dan galakan kepada penduduk kampung agar sentiasa menghayati atau menghargai kemerdekaa­n yang dikecapi selama 61 tahun.

Timbalan Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Kunak, Norsima Simon berkata Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula 16 September dimana pengadil – pengadil pertanding­an melawat KRT – KRT yang menyertai pertanding­an itu.

Norsima turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Silam Datuk Mohammaddi­n Ketapi yang juga Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya kerana sudi menyumbang­kan RM 20,000 kepada Jawatankua­sa RT Daerah Kunak bagi melaksanak­an program Lawatan Integrasi ke negeri Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Perpaduan, Delin Liet Blaun memaklumka­n mengenai fungsi dan peranan Rukun Tetangga dan kejayaan KRT Kunak melaksanak­an sebanyak 91 aktiviti.

Beliau yakin dan percaya KRT Daerah Kunak akan banyak lagi menganjurk­an aktivti pada masa akan datang.

Dalam ucapan perasmiann­ya,Mohammadin menjelaska­n mengenai kemerdekaa­n dan memaklumka­n kepada jawatankua­saRTakanse­ntiasa memberikan kerjasama dan menyokong apa juga aktivti yang bakal dianjurkan oleh KRT.

Majlis diteruskan dengan penyampaia­n surat pelantikan dan kad kenal diri kepada AJK RT yang baharu dilantik.

Selepas itu program diteruskan dengan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dimenangi KRT Lormalong sebagai johan manakala KRT Kampung Airport Batu 10 menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga KRT Kampung Wawasan Simpang Empat.

Dua penerima saguhati iaitu KRT Kg Pangi Hujung dan KRT Kg Hampilan.

Kira-kira 250 orang terdiri daripada Pengerusi – Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT) Daerah Kunak serta pemimpin – pemimpin Parti Warisan Parlimen P 188 Silam hadir dalam majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah dengan kerjasama Jawatankua­sa Penyelaras RT Daerah.

 ??  ?? MOHAMMADIN menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
MOHAMMADIN menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? MOHAMMADIN menyampaik­an replika cek kepada Norsima.
MOHAMMADIN menyampaik­an replika cek kepada Norsima.
 ??  ?? DELIN menyampaik­an ucapan dalam majlis itu.
DELIN menyampaik­an ucapan dalam majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia