Utusan Borneo (Sabah)

PPM baharu Membakut ziarah PDM Binsulok

-

PEMIMPIN Kemajuan Masyarakat (PPM) yang baharu dilantik bagi Dewan Undangan Negeri Membakut Abdul Kadir Jalani telah berkesempa­tan melakukan ziarah ke kawasan PDM Binsulok pada Rabu untuk menyampaik­an bantuan serta mendapatka­n maklumat daripada masyarakat setempat.

Ziarah yang turut diiringi kepimpinan Wira dan Wanita Bahagian Kimanis diketuai Nazlinah Ag Ali serta PDM Binsulok itu bertujuan menyampaik­an bantuan kerusi roda, makanan dan wang tunai kepada Siti Tarang, 80, selain meninjau beberapa tempat bermasalah untuk dikemukaka­n ke peringkat bahagian.

Abdul Kadir yang juga Ketua Wira Warisan Bahagian Kimanis turut mengunjung­i tempat memproses bilis di Kg Likas Binsulok di mana beliau berpeluang berbincang dengan pemiliknya Ag Mohd Noor Haji Tahir bagi mendapat maklumat terperinci.

Dalam pada itu, beliau berkesempa­tan berbincang dengan seorang pengusaha dari Pahang, Beh Huan Shim, yang kebetulan berada di situ untuk membuat pelaburan membina kilang memproses bubuk dengan kos dianggarka­n RM2 juta.

Beh mencari lokasi yang bersesuaia­n bagi mendirikan kilang itu yang dijangka dapat memproses 100 tan bubuk sehari tanpa dijemur mengunakan kaedah lama.

“Ini akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada para nelayan, belia dan beliawanis serta masyarakat setempat untuk meningkatk­an pendapatan mereka.

“Dengan itu, ia akan dapat mengimbang­i peningkata­n ekonomi kerajaan negeri sejajar dengan peluang yang terbuka dan bercadang juga untuk memproses ikan bilis yang mana sekarang ini dalam kajian,” katanya.

Sebelum itu, Abdul Kadir telah bertemu Ketua Daerah Mengundi Binsulok Pg Ag Abas Pg Gamok di kediamanny­a di Kg Kuala Binsulok Lama dalam usaha merealisas­ikan perjuangan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

“Saya akan melaksanak­an tugas yang diamanahka­n oleh kerajaan negeri dengan menggemble­ngkan usaha serta komited dalam membela kebajikan rakyat.

“Kita perlu mendengar rintihan dan suara masyarakat setempat sebelum bertindak dengan menzahirka­n perubahan dalam jangka masa ini,” katanya.

Beliau yakin masyarakat kawasan ini akan terus menyokong kepimpinan kerajaan negeri dan bahagian, dan akan terus melaksanak­an program ziarah kampung dengan penglibata­n pihak berwajib.

Sementara itu, beliau berserta rombongan turut melawat pasar nelayan dan surau yang terbiar begitu sahaja tanpa ada tindakan susulan, dan bercadang akan mencari pendekatan bersama pengusaha serta peniaga di kampung itu.

 ??  ?? ABDUL Kadir (tengah) bersama Pg Ag Abas dan Nazlinah selepas melawat pondok rumah Shamsuddin.
ABDUL Kadir (tengah) bersama Pg Ag Abas dan Nazlinah selepas melawat pondok rumah Shamsuddin.
 ??  ?? ABDUL Kadir ketika melawat ke pasar nelayan Binsulok.
ABDUL Kadir ketika melawat ke pasar nelayan Binsulok.
 ??  ?? ABDUL Kadir, Nazlinah serta rombongan mendengar taklimat bagaimana bilis diproses.
ABDUL Kadir, Nazlinah serta rombongan mendengar taklimat bagaimana bilis diproses.
 ??  ?? ABDUL Kadir (tengah) mendangar penerangan daripada Beh mengenai cadangan membina kilang memproses bubuk dan bilis.
ABDUL Kadir (tengah) mendangar penerangan daripada Beh mengenai cadangan membina kilang memproses bubuk dan bilis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia