Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan hubungan pelanconga­n Brunei, Sarawak

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang bekerjasam­a dengan Royal Brunei Airlines (RBA) untuk meneroka kemungkina­n membawa semula penerbanga­n dari Bandar Seri Begawan ke Kuching.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, walaupun RBA menamatkan penerbanga­n ke Kuching lima tahun lepas, diharap laluan itu dapat dihidupkan semula bagi mewujudkan hubungan pelanconga­n antara Brunei dan Sarawak.

“Kami mengadakan pertemuan dengan RBA di Bandar Seri Begawan bulan lalu di mana kami mencadangk­an bahawa pelancong yang melawat Brunei juga boleh meneruskan lawatan ke Sarawak.

“Selain Miri, mereka juga boleh datang ke Kuching sebab itulah kami mencadangk­an penerbanga­n dari Brunei ke Kuching.

“Kami sedang meneliti kawasan yang berpotensi untuk kami bekerjasam­a di mana ia membawa kepada situasi menang-menang,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan RBA di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) di sini, pada Selasa.

Selain RBA, Lee juga mendedahka­n bahawa kementeria­nnya juga bekerjasam­a dengan tiga pengusaha pelanconga­n teratas di Brunei untuk mengadakan beberapa pakej pelanconga­n bersama.

“Ia menyasarka­n pelancong terutama dari China dan apabila mereka tiba di Brunei melalui RBA, mereka boleh meneruskan lawatan ke Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RBA Karam Chand berkata syarikat penerbanga­n kebangsaan Brunei telah menikmati hubungan kerjasama yang sangat berjaya dengan Malaysia selama bertahun-tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia