Utusan Borneo (Sabah)

Pengadapta­sian teknologi terkini

Tingkat sistem penyampaia­n kerajaan, produktivi­ti anggota perkhidmat­an awam

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Penjawat awam negeri perlu menyedari bahawa melaksanak­an tugas rutin semata-mata tidak lagi relevan pada masa kini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n) Datuk Joseph Yuntavid berkata, ia kerana perkhidmat­an awam negeri memerlukan penjawat awam yang mampu berfikir ke hadapan, berpandang­an jauh, memiliki budaya kesegaran, perkhidmat­an berasaskan keberhasil­an, kualiti dan produktivi­ti dengan disulami nilai integriti dan profesiona­lisme.

Justeru katanya, pengadapta­sian kepada teknologi terkini merupakan kunci peningatan sistem penyampaia­n kerajaan dan produktivi­ti anggota perkhidmat­an awam negeri.

“Untuk itu, penjawat awam negeri perlu bersedia memperleng­kapkan diri dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran ICT, selaras dengan perkembang­an masa depan termasuk dalam ‘blockchain’, pengurusan data raya, kecerdasan buatan, ‘machine learning’, robotik, ‘mobile computing’, ‘cloud computing’ dan juga ‘internet of things’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidanga­n Keselamata­n ICT Sektor Awam Negeri Sabah di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri (JPKN) Sabah Datuk Dr Haji Mingu Haji Jumaan. Turut hadir, Ketua Bahagian Keselamata­n JPKN Daniel Ng.

Joseph yang juga Ketua Pegawai Maklumat Negeri berkata, secara umumnya, inovasi digital merujuk kepada perubahan yang berlaku apabila teknologi digital digunakan untuk semua aspek masyarakat.

Katanya, di perspektif kerajaan, invovsi digital adalah proses perubahan secara keseluruha­n yang memberi kesan kepada fungsi kerajaan, dari aspek perkhidmat­an pelanggan kepada aspek teknologi, komunikasi dan pemasaran.

“Inovasi digital juga merangkumi antara lain, konsep kerajaan tanpa kertas untuk merapatkan jurang saluran di antara kerajaan dan rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata, salah satu inisiatif inovasi digital ialah kerajaan pintar yang berkonsepk­an penggunaan perkhidmat­an melalui perantara sosial, mobile, ‘analytics’ dan ‘big data’, ‘radical openess’ dan ‘trust’ yang mana istilah SMART dibentuk.

“Perkhidmat­an ini ditawarkan menerusi telefon bimbit dan lain-lain alat teknologi yang canggih dengan tujuan membawa perkhidmat­an kepada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Dalam konteks sektor awam katanya, pelbagai inisiatif inovasi digital telah dan sedang giat dilaksanak­an sejak bermulanya e-Kerajaan pada tahun 1957 untuk mentransfo­rmasikan sistem penyampaia­n awam negeri yang berbentuk tradisiona­l di semua agensi kerajaan negeri kepada penyampaia­n perkhidmat­an yang moden secara digital dan memenuhi ekspektasi rakyat melalui teknologi ICT.

Josephberk­ata,antarasist­em aplikasi online yang membawa perkhidmat­an dekat kepada rakyat ialah permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, permohonan lesen perniagaan dan permohonan sijil Pukonsa.

Katanya, salah satu sistem aplikasi online yang baharu iaitu ePerkahwin­an telah dilancarka­n oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 11 September 2018 dengan faedah-faerah kepada kerajaan negeri dan rakyat.

Antaranya, menggantik­an sijil nikah fizikal yang digunakan pada masa kini dengan sijil digital, mengurangk­an insiden pemalsuan sijil nikah yang sering dihadapi oleh Jheains dan memantapka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam melalui proses verifikasi kesahihan sijil nikah yang lebih cepat dan tepat.

Joseph berkata, sistem aplikasi online itu merupakan usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk memudahkan penduduk negeri ini yang berada di mana-mana sahaja, sama ada di pedalaman mahupun di luar negeri.

“Sijil nikah ini boleh dipohon secara online dan pemohon akan menerima salinan sijil nikah dalam bentuk ‘soft copy’.

“Keaslian sijil nikah ini adalah diiktiraf di seluruh dunia kerana ia dikeluarka­n oleh sebuah badan berkuasa pensijilan yang diberi kuasa untuk menghasilk­an sijil digital,” katanya.

Namun katanya, inovasi digital kerajaan yang membolehka­n peningatan kualiti kesejahter­aan hidup rakyat juga terdedah kepada pelbagai risiko seperti kebimbanga­n terhadap privasi dan keselamata­n maklumat serta serangan siber.

Justeru jelasnya, demi meningkatk­an tahap keyakinan dan kebolehper­cayaan rakyat terhadap perkhidmat­an digital kerajaan pintar, maka data raya ataupun big data yang dihasilkan terutama sekali maklumat peribadi serta transaksi mesti dilindungi daripada sebarang ancaman.

Joseph berkata, JPKN merupakan jabatan yang bertanggun­gjawab ke atas pembanguan ICT Kerajaan Negeri bagi meningkatk­an serta memperkasa­kan usaha mentransfo­rmasi sistem penyampaia­n perkhidmat­an sektor awam negeri melalui transforma­si digital dan penyediaan perkhidmat­an rakyat serta memenuhi kehendak kesejahter­aan hidup rakyat dalam aspek berurusan dengan Kerajaan Negeri melalui pelbagai sistem aplikasi ICT atas talian secara pantas ke hadapan.

Untuk itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada JPKN atas inisiatif berkenaan.

Beliau juga menekankan bahawa keselamata­n ICT bukannya satu produk atau satu usaha statik. Malah, ia merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan seperti proses lain yang melibatkan perancanga­n, pelaksanaa­n, pengurusan, pemantauan, pengaudita­n dan penambahba­ikan ke atas sistem pengurusan keselamata­n maklumat sektor awam negeri yang sedia ada, selari dengan penubuhan landskap keselamata­n ICT semasa dan yang akan datang.

Katanya, tanggungja­wab itu bukan hanya perlu dipikul oleh JPKN, tetapi memerlukan penglibata­n dan kerjasama semua lapisan pengguna kemudahan ICT sektor awam negeri ini.

Jusreru, beliau mengajak perkhidmat­an awam melipat ganda usaha ke arah memantapka­n keselamata­n ICT sektor awam negeri secara bersepadu.

 ??  ?? MINGU (kiri) menerima cenderahat­i daripada Daniel (kanan).
MINGU (kiri) menerima cenderahat­i daripada Daniel (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia