Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan baik dengan kerajaan Pusat penting untuk kemajuan Sabah

-

KEMABONG: Hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat amat penting bagi memastikan proses pembanguna­n di Sabah berjalan dengan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata, hubungan baik seperti itu juga memudahkan perbincang­an dan perancanga­n mengenai keperluan rakyat di negeri ini serta penyaluran peruntukan daripada kerajaan Pusat memandangk­an sumber kewangan kerajaan negeri agak terhad.

Sebagai contoh katanya, permohonan peruntukan yang menelan kos agak tinggi tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n dan ia mudah diuruskan untuk memohon peruntukan dengan adanya hubungan baik antara keduadua pihak.

“Negeri Sabah agak luas, masih banyak keperluan pembanguna­n khususnya di kawasan luar bandar seperti bekalan air dan elektrik serta jalan raya yang baik dan lain-lain pembanguna­n yang memerlukan kos tinggi.

“Apabila kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan Pusat, proses untuk mendapatka­n peruntukan bertambah mudah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan sesi dialog bersama penduduk Kg Nulusuon di sini.

Menurut Jamawi, Kerajaan Warisan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Haji Apdal sentiasa mengambil berat soal pembanguna­n di kawasan luar bandar dengan mengamalka­n budaya turun padang menjangkau rakyat di peringkat akar umbi agar apa juga masalah serta keperluan rakyat dapat didengar dan dilihat secara langsung.

“Malangnya, program seperti ini mendapat pelbagai tohmahan dan fitnah oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab demi kepentinga­n politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak termakan fitnah dan provokasi yang dimainkan oleh pihak tertentu yang bertujuan mencelarka­n imej kerajaan.

“Masa berpolitik sudah habis, kita tumpu kepada usaha membangunk­an rakyat. Kerajaan ini adalah yang diberikan amanah oleh rakyat untuk mentadbir negeri. Justeru, apa juga usaha kerajaan untuk membawa perubahan kepada negeri perlu kita sokong,” katanya.

 ??  ?? ARU Lipang merasa terharu apabila Jamawi sempat ziarah ke rumahnya.
ARU Lipang merasa terharu apabila Jamawi sempat ziarah ke rumahnya.
 ??  ?? JAMAWI melawat keadaan sekolah tabika di kampung berkenaan yang perlu diperbaiki.
JAMAWI melawat keadaan sekolah tabika di kampung berkenaan yang perlu diperbaiki.
 ??  ?? JAMAWI berdialog bersama penduduk kampung pada majlis itu.
JAMAWI berdialog bersama penduduk kampung pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia