Utusan Borneo (Sabah)

KH Enterprise anjur jualan ulang tahun ke-25

-

MIRI: Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25, premis yang mengkhusus dalam peralatan elektrik rumah KH Enterprise (Miri) Sdn Bhd kini sedang menganjurk­an jualan istimewa empat hari bermula semalam(4Oktober)sehingga Ahad 7 Oktober 2018.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh yang mendapatka­n pelbagai produk perkakasan elektrik rumah terkini dengan diskaun hebat sehingga 50 peratus.

Menurut pengurus syarikat MichaelSia­ng,parapelang­gan masih dapat menikmati banyak item bebas cukai kerana terdapat banyak stok lama (Julai hingga Ogos) yang masih ada di situ.

Ini kerana premis ini menjual barang-barang ini pada harga lama sama seperti sebelum pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dan ia adalah juga tanpa GST.

Jualan ini adalah juga jualan penghabisa­n stok, ujarnya.

Selain diskaun, para pelanggan boleh mendapat rebat khas apabila mereka menukar beli (trade in) perkakasan elektrik lama mereka. Syarikat tersebut juga menerima peralatan yang rosak untuk ditukar beli.

Sebagai wakil sah Samsung, KH Enterprise menawarkan televisyen LED terbaharu, pemain cakera blu-ray, sistem teater rumah, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai produk jenama Samsung yang dijual pada harga berpatutan sepanjang tempoh promosi tersebut.

Premis ini turut menjual jenama lain seperti Elba, Beko, Panasonic dan Philips yang merangkumi peralatan seperti periuk nasi, dapur memasak, penyedut asap, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya.

Terletak di Pusat Komersial Pelita di Miri, KH Enterprise juga menyediaka­n kanopi di luar kedai di mana para pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai barangan dijual pada harga yang murah.

Syarikat tersebut juga menyediaka­n perkhidmat­an pascapembe­lian seperti perkhidmat­an pembaikian dan penyelengg­araan. Perkhidmat­an penghantar­an kerumahjug­aturutdise­diakan bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Miri. Selain itu pembelian dengan kad kredit turut diterima sempena jualan istimewa ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 085-416690. Premis ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Sepanjang jualan istimewa empah hari ini, tempoh perniagaan dilanjutka­n sehingga 8 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia