Utusan Borneo (Sabah)

McDonald’s terima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia

Kukuhkan kedudukan sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikas­i

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: McDonald’s baru-baru ini menerima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia yang mengukuhka­n lagi kedudukann­ya sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikas­i dan merupakan aspirasi untuk bekerja.

Tiga anugerah yang diterima adalah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018 (Malaysia Edition) oleh HR Asia; Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018) oleh AON; dan Majikan Francais Terbaik 2018( Bes t F ran c h i s e E m p l o y e r 2018) oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Pengarah Kanan Sumber Manusia McDonald’s Malaysia Azhar Darbi berkata, mereka amat teruja menerima penghormat­an itu.

“Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktira­fan terhadap kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamak­an bakat dan menekankan kepentinga­n modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan.

“Pengiktira­fan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) – Keluarga & Rakanrakan (Family & Friends), di mana syarikat menganggap kakitangan­nya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan.

“McDonald’s juga memberi fleksibili­ti kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjika­n masa hadapan yang cerah untuk kakitangan­nya dengan melengkapk­an mereka dengan kemahiran diri dan pembanguna­n kerjaya untuk jangka masa panjang,” katanya.

Restoran khidmat segera itu juga menggalakk­an ‘Budaya McDonald’s’ atau ‘McDonald’s Culture’ yang terdiri daripada tiga teras – Mengutamak­an Pelanggan (Guest-obsessed); Lebih Baik Bersama (Better Together); dan Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead) – yang menjadi panduan untuk kemajuan yang berterusan.

Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited untuk memastikan pelanggann­ya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakk­an semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri khidmat segera, komuniti dan juga planet.

Tambah Azhar, di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting dalam kejayaan pihaknya.

“Kami hendak memanfaatk­an skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembanguna­n dan latihan sebagai cara yang membolehka­n kakitangan kami melangkah maju ke hadapan, terutamany­a, di bidang fungsi kerja dan kepimpinan.

“Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM8.2 juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembanguna­n modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan McDonald’s di Malaysia dikehendak­i menjalani program pembanguna­n dan latihan berstruktu­r yang berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” katanya.

Bagi meningkatk­an piawaian syarikat dalam pembanguna­n modal insan dan mengasah bakat baharu, McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktira­fan SLDN daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia.

SLDN merupakan program berorienta­sikan latihan industri di mana ia menggabung­kan situasi pembelajar­an di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, pelatih McDonald’s akan menerima 70 hingga 80 peratus pembelajar­an melibatkan latihan praktikal di restoran dan 30 hingga 20 peratus pula merupakan pembelajar­an secara teori di dalam kelas.

Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaa­n akhir yang akan dijalankan di penghujung program latihan, mereka akan dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran. Sijil itu melayakkan mereka untuk beker jadi restoran M c D o nal d’ s dan mengembang­kan lagi kerjaya mereka.

Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma.

Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang diluluskan untuk SLDN.

Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran berkenaan terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia