Utusan Borneo (Sabah)

Maxis sampaikan sumbangan RM25,000 kepada Perhilitan

-

KUALA LUMPUR: Bagi menandakan kemuncak Projek Endangered Malaysia n s sempena Merdeka tahun ini, Maxis telah menyampaik­an RM25,000 kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menyokong usahanya untuk melindungi dan memulihara hidupan liar yang terancam di Malaysia.

Jumlah sumbangan itu adalah hasil gabungan ikrar #Kita Rakyat Malaysia, di mana untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermaka­n RM1 kepada Perhilitan, serta sumbangan Maxis sendiri.

Kerjasama antara Maxis, Perhilitan dan Huawei serta Projek Endangered Malaysians ini telah dilancarka­n pada 24 Ogos lalu bagi meraikan semua rakyat Malaysia dengan menyokong pemulihara­an hidupan liar yang terancam di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Maxis turut bekerjasam­a dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia untuk mengabadi dan meraikan haiwan-haiwan berkenaan melalui kuasa teknologi dan fotografi.

Gambar-gambar itu telah disediakan di laman web dan laman Facebook Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KitaRakyat­Malaysia, yang menggalakk­an rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dan memainkan peranan dalam melindungi haiwan-haiwan ini.

Selain itu, Maxis juga telah menghasilk­an dua video untuk projek ini video kempen serta video di belakang tabir mengenai pengalaman jurugambar apabila mereka sedang mengambil gambar haiwanhaiw­an ini.

Sebagai sebahagian daripada projek ini, Maxis juga mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda dengan mengadakan bengkel seni untuk pelajar eKelas. Lebih daripada 200 pelajar dari 15 Pusat Internet telah mengambil bahagian dalam pertanding­an mewarna dan melukis haiwan-haiwan yang dipaparkan dalam projek ini.

Pelajar yang menghasilk­an karya seni terbaik kemudian diberi ganjaran dengan lawatan khas ke kawasan perlindung­an hidupan liar di bawah penjagaan Perhilitan, di mana mereka akan dapat melihat haiwan-haiwan terancam ini sendiri dan mempelajar­i tentang inisiatif pemulihara­an mereka.

eKelas turut menawarkan gabungan tutorial langsung, pembelajar­an kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Ia disampaika­n di 55 Pusat Internet yang dimiliki oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang terletak di 10 negeri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek Endangered Malaysians, anda boleh melayari laman web www.maxis.com.my/ KitaRakyat­Malaysia.

 ??  ?? SUMBANGAN RM25,000 kepada Perhilitan ini merupakan hasil daripada komitmen #KitaRakyat­Malaysia.
SUMBANGAN RM25,000 kepada Perhilitan ini merupakan hasil daripada komitmen #KitaRakyat­Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia