Utusan Borneo (Sabah)

Milo lancar Activ Jam Senam Aerobik

-

PUTRAJAYA: Milo dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia telah melancarka­n Activ Jam Senam Aerobik, pertanding­an senam aerobik peringkat kebangsaan yang pertama sebagai satu lagi platform untuk membantu murid-murid kekal aktif dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan acara terbaharu dalam program sukan berasaskan sekolah anjuran Milo ini merupakan kemuncak kerjasama strategik dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sejak tahun 2013 di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan menerusi satu siri aktiviti berkaitan sukan yang melibatkan pelajar dan guru.

Pertanding­an ini bakal menyaksika­n 10 sekolah rendah dan 16 kumpulan Muhibbah (terbuka) berentap untuk merangkul gelaran juara kebangsaan kategori masingmasi­ng.

Pemenang setiap kategori akan menerima peralatan sukan bernilai RM5,000 serta berpeluang muncul sebagai juara senam aerobik kebangsaan yang pertama.

Pengurus Pemasaran Sukan Milo Ng Ping Loong berkata, inisiatif itu telah membantu mengukuhka­n lagi kerjasama pihaknya dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang terjalin sejak 40 tahun lalu.

“Sebagai peneraju pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi, kami komited dalam menyokong usaha berterusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat dan memupuk budaya kecemerlan­gan sukan dalam kalangan pelajar.

“Justeru, kami memperkena­lkan Activ Jam Senam Aerobik kepada muridmurid menerusi 1Murid 1Sukan untuk menunjukka­n betapa mudahnya untuk kekal aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas dan menyeronok­kan namun menyihatka­n badan,” katanya.

Dasar 1Murid 1Sukan diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 di bawah program pembanguna­n sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurangku­rangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan sebahagian daripada kempen Milo Aktif Negaraku yang menyasarka­n lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalka­n gaya hidup aktif dan sihat.

Dilancarka­n pada awal tahun ini, Milo Aktif Negaraku merupakan kesinambun­gan komitmen Milo terhadap usaha pembanguna­n negara menerusi sukan di peringkat akar umbi yang merangkumi program-program sukan Milo popular seperti Milo Hidup Bola dan Klinik Juara Milo.

Untuk maklumat lanjut tentang Activ Jam Senam Aerobik, layari www.milo. com.my/activ-jam.

 ??  ?? PARA peserta Pertanding­an Activ Jam Senam Aerobik.
PARA peserta Pertanding­an Activ Jam Senam Aerobik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia