Utusan Borneo (Sabah)

Nescafe rai ulang tahun ke-80 di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kopi Sedunia pada Oktober 1, jenama kopi kegemaran dunia, Nescafe meraikan ulang tahun ke-80 sebagai minuman kegemaran peminum kopi di Malaysia dengan memulakan kempen ‘Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia Dengan Nescafe’.

Bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-80, Nescafe meraikan Bulan Kopi Sedunia dengan memulakan jelajah pertama di Sunway Pyramid.

Roadshow itu dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menyeronok­kan. Para pengguna mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju, Putar & Menang dan lainlain, di samping pelbagai sampel produk minuman Nescafe.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nescafe Othman Chraibi berkata, setelah sekian lama berjaya menawan hati dan menambat selera generasi rakyat Malaysia yang gemar minum kopi, pihaknya menganjurk­an kempen itu dengan matlamat untuk merayakan dan memperinga­ti saat-saat indah bersama Nescafe.

“Sejak Nescafe mula dicipta di Switzerlan­d, kami telah berusaha membina jenama kopi yang terbesar di dunia, terutama sekali di Malaysia. Kami amat berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, Nescafe sentiasa mencipta inovasi untuk menghidang­kan secawan kopi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, dalam cara yang paling digemari mereka,” katanya.

Nescafe telah mempelopor­i pengalaman minum kopi yang inovatif sejak tahun 1938, apabila Nestlé ditugaskan mencari cara untuk memproses biji-biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil. Setelah menjalanka­n penyelidik­an dengan penuh dedikasi, Nestlé berjaya membuat serbuk yang dapat mengekalka­n perisa kopi.

Kini, Nescafé terus komited untuk menawarkan saat-saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari, setiap kali, di mana-mana jua.

Jelas Othman lagi, dengan dipacu oleh kesungguha­n, pihaknya sentiasa mencipta inovasi, perubahan dan pengubahsu­aian untuk kekal relevan kepada keperluan dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah, dengan cara yang lestari.

“Baik Nescafé Classic yang asli dan terus popular mahupun Nescafé Dolce Gusto yang inovatif, ataupun pek sedia untuk diminum dan sudah tentulah segelas kopi Nescafé kegemaran anda di gerai mamak atau kedai kopi, produk Nescafé kami digemari oleh semua di seluruh negara.

“Oleh itu, ulang tahun ke80 kami adalah satu perayaan warisan sejarah Nescafe bersama rakyat Malaysia sejak sekian lama. Sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan, bersendiri­an atau bersama keluarga dan kawankawan, Nescafe telah menjadi sinonim dengan pengalaman minum kopi yang menakjubka­n. Bulan Kopi Sedunia adalah untuk memperinga­ti hubungan dan detik-detik indah bersama, tidak kira tua atau muda,” katanya.

Bagi pengunjung, jangan terlepas peluang untuk meraikan ulang tahun ke-80 Nescafé di roadshow bersama dengan orang tersayang anda dan dengan pembelian produk Nescafé bernilai RM100 dan ke atas, anda berpeluang untuk memenangi baucer RM300 AEON dalam cabutan bertuah.

Pengunjung juga akan dapat menikmati persembaha­n, hadiah premium Nescafé dan harga promosi istimewa bagi semua produk Nescafé semasa

ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia