Utusan Borneo (Sabah)

Festival Filem Jepun 2018 di GSC CityOne hingga 7 Oktober ini

-

FESTIVAL Filem Jepun 2018 (JFF 2018) telah dilancarka­n secara rasminya di Golden Screen Cinemas (GSC) CityONE Megamall di Kuching pada malam Rabu dengan tayangan khas filem ‘The 8-Year Engagement’, sebuah kisah yang begitu menyentuh perasaan arahan Takahashi Zeze mengenai kesetiaan seorang lelaki menunggu wanita yang sangat dicintainy­a.

Filem itu adalah salah satu daripada 13 filem yang memaparkan pelbagai aspek dan landskap kebudayaan Jepun meliputi pelbagai tema dan genre yang ditayangka­n buat pertama kali di sini.

JFF 2018 anjuran Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) yang kini memasuki edisi ke-15 dan kali ke-7 diadakan di Kuching akan berlangsun­g selama empat hari bermula Khamis (4 Oktober 2018) sehingga Ahad ini (7 Oktober 2018).

Festival itu dilancarka­n secara rasmi di Klang Valley pada 6 September 2018 yang lepas di beberapa pawagam terpilih seperti GSC Mid Valley, GSC NU Sentral, GSC Pavilion Kuala Lumpur, dan GSC 1 Utama sebelum bergerak ke Pulau Pinang (GSC Gurney Plaza) pada 13 hingga 16 September dan ke Johor Bahru buat pertama kalinya di GSC Paradigm JB Mall pada 20 hingga 23 September lepas.

Di Kota Kinabalu, JFF 2018 yang diadakan di GSC Suria Sabah berlangsun­g serentak dengan tarikh yang sama seperti di Kuching.

Majlis pembukaan JFF 2018 di Kuching pada Rabu lepas dirasmikan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Lee Kim Shin yang mewakili kerajaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapannya, pengarah JFKL Koichi Horikawa turut mengucapka­n terima kasih kepada para penaja terutamany­a Mitsubishi Corporatio­n sebagai penaja utama dalam menjayakan festival ini sehingga dapat dibawa ke sini sejak tahun 2012 selain penaja-penaja lain seperti GSC Movies, ASTRO A-List dan banyak lagi.

Turut hadir di acara itu adalah Ketua Eksekutif Malaysia merangkap Pengurus Besar Cawangan Kuala Lumpur, Mitsubishi Corporatio­n Genichi Ichikawa.

JFF 2018 di GSC CityOne Megamall dibuka dengan tayangan filem ‘Ramen Heads’ dan ‘3Ft Ball & Souls’ semalam (Khamis), diikuti filem ‘Her Sketchbook’, ‘Born Bone Born’, ‘Tremble All You Want’, ‘Memoirs of a Murder’, ‘Mixed Doubles’, ‘Yakiniku Dragon’, ‘Chihayafur­u Part 3’, ‘The Gift of Memory / The Gift of Memory ~Ça Va?’, ‘We Make Antiques!’ dan ‘Perfect World’ pada hari ini sehingga Ahad.

Kesemua filem ditayangka­n dalam Bahasa Jepun dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Tiket untuk JFF 2018 dijual pada harga RM8.50 kecuali untuk ‘Ramen Heads’ dan

‘3Ft Ball & Souls’ yang dijual pada harga tiket semasa GSC.

Tiket untuk semua tayangan (Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu) boleh dibeli menerusi kaunter tiket GSC, e-bayaran GSC dalam laman sesawang rasmi di gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC.

Bagi senarai penuh untuk sinopsis filem, masa tayangan dan keterangan am boleh didapati di jfkl.org. my/events/jff-2018 dan gsc.com.my.

(tiga kanan) dan Ichikawa (tiga kiri) bersama Lee (tengah) serta tetamu yang lain menunjukka­n isyarat terbaik selepas acara pembukaan Rabu lepas.

 ??  ?? HORIKAWA
HORIKAWA
 ??  ??
 ??  ?? PARA tetamu disajikan dengan makanan dan minuman ringan sementara menunggu acara pembukaan bermula.
PARA tetamu disajikan dengan makanan dan minuman ringan sementara menunggu acara pembukaan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia