Utusan Borneo (Sabah)

Bendera dikibar separuh tiang di semua premis bomba

-

KUALA LUMPUR: Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula Jumaat hingga Ahad (7 Okt) di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.

JBPM dalam satu kenyataan memaklumka­n pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaa­n bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu.

“JBPM merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaik­an ucapan takziah dan menghargai pengorbana­n wira-wira merah ini.

“Keprihatin­an dan sokongan yang ditunjukka­n amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuat­kan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khIdmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat,” menurut kenyataan itu. JBPM akan melakukan yang terbaik dalam memastikan segala aspek kebajikan waris terbela seperti yang ditetapkan dalam perkhidmat­an awam dan jabatan.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, enam anggota Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA) iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika operasi mengesan seorang remaja yang hilang di lombong tinggal.

Adnan dan Muhammad Hifdzul bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sementara yang lain di BBP Pelabuhan Klang. Jenazah kesemua mangsa dikebumika­n pada Khamis di kampung halaman masing-masing.

Mayat Fahmy Mohammad Azzam, 17, pula ditemui pada Khamis dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana pada malam yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia