Utusan Borneo (Sabah)

David, Hashim dahului senarai 1,158 penerima

- JAUJAN SIONG HAN Oleh YAP

KOTA KINABALU: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Hashim Paijan mendahuli senarai 1,158 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-65.

David dan Hashim yang masing-masing dilantik menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan SKN Julai lalu menerima anugerah tertinggi negeri, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Sementara itu, 65 individu tersenarai sebagai penerima anugerah kedua tertinggi, iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara individu tersenarai penerima PGDK adalah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick, Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong, pembantu Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Uda Sulai dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Omar Mammah.

Penerima lain adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Bahari Hassan dan Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram Zakaria.

Manakala, seramai 119 orang menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK). Antara penerimany­a adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissa­h Munirah Majilis; Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua dan Sariffudin Hata; Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong serta Azhar Matussin; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin; Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Masdal dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib.-

 ??  ?? HASHIM
HASHIM
 ??  ?? DARELL
DARELL
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA
 ??  ?? AZIS
AZIS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia