Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan borang memohon PPR masih releven

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pengedaran borang untuk permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini masih releven walaupun cadangan menggunaka­n pendaftara­n secara atas talian diterima positif.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, penggunaan borang diisi secara bertulis adalah lebih baik kerana mampu mengelakka­n berlakunya sebarang unsur-unsur negatif dalam memiliki PPR.

“Cadangan pemohonan atas talian boleh dipertimba­ngkan bagaimanap­un ramai dalam kalangan pemohon tidak mahir menggunaka­nnya. Cara itu juga boleh menyebabka­n kita tidak dapat mengenal pasti siapa pemohon itu.

“Mengisi secara bertulis dalam borang adalah lebih baik kerana kita boleh mencari data mereka dengan mudah.

“Saya bimbang wujudnya unsur-unsur individu memohon secara online... berjaya tetapi seseorang itu sudah memiliki rumah atau menyewakan rumah PPR kepada orang yang benar-benar memerlukan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Bersama Media, di sini pada malam Khamis.

Beliau berkata, keadaan itu seterusnya menyebabka­n kerajaan tidak mampu mencapai sasaran memberikan rumah PPR kepada rakyat yang memerlukan.

Katanya, program itu sudah lama dilaksanak­an tetapi pada hari ini dilihat semakin ramai pemohon.

“Oleh itu, tidak dinafikan wujudnya unsur-unsur individu itu sudah memiliki rumah tetapi mahu memohon lagi.

“Kedua-dua cara ini akan diguna pakai tetapi pada masa kini kita menggunaka­n pendekatan pengisian borang secara bertulis bagi mengelakka­n kejadian tidak telus,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kehadiran pemohon yang ramai untuk mendapatka­n borang PPR di Putatan baru-baru ini menunjukka­n rakyat masih memerlukan bantuan perumahan daripada kerajaan.

Katanya, rumah mampu milik yang dibangunka­n kini masih tidak mencukupi kerana seluruh Sabah memerlukan sejumlah ratusan ribu unit PPR berkenaan.

“Tidak mudah untuk memilih siapa layak mendapat rumah ini kerana semua mereka datang mendakwa tidak memiliki rumah.

“Dalam pemilihan ini kita ikut berdasarka­n kategori, kita hanya beri kepada rakyat yang berpendapa­tan rendah...terdapat juga di antara mereka yang berjaya mendapat rumah sebelum ini tetapi berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Menurutnya, pengedaran borang dilakukan khususnya bagi mendapatka­n data sah daripada setiap pemohon dan bukannya mahu mengisi PPR yang sedia ada di Putatan.

Katanya, PPR yang ada di daerah itu tidak sampai 1,000 unit tetapi sebanyak 60 ribu borang permohonan berjaya diedarkan.

“Sekurang-kurangnya kita mampu mengumpul maklumat berdasarka­n borang yang diedarkan. Saya berharap pada masa hadapan dengan kekuatan ekonomi Sabah, perkara ini kita dapat realisasik­an dengan pembinaan lebih banyak PPR,” katanya.

 ??  ?? JAUJAN (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengamal-pengamal media yang hadir dalam majlis itu.
JAUJAN (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengamal-pengamal media yang hadir dalam majlis itu.
 ??  ?? SHAFIE (kanan) dan Amiruddin sewaktu kunjungan hormat itu.
SHAFIE (kanan) dan Amiruddin sewaktu kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia