Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir akan turun berkempen di PRK Port Dickson

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat kemunculan di Port Dickson, walaupun sebelum ini menyatakan beliau kebiasaann­ya tidak turun berkempen pada pilihan raya kecil (PRK).

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata beliau bersama ketuaketua parti komponen yang lain akan menghadiri satu majlis kempen besar-besaran bagi PRK itu pada Isnin ini (8 Okt).

Katanya, beliau perlu berada di Port Dickson bagi menjawab tohmahan yang dilemparka­n kepadanya.

“Saya berpendapa­t ada ramai orang membuat pelbagai teguran terhadap saya, jadi saya akan ke sana (Port Dickson),” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya beliau tidak menyokong Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, pada Jumaat.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, akan bertanding dalam saingan tujuh penjuru dalam PRK Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Okt ini.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Ditanya mengenai situasi kempen PRK berkenaan setakat ini, Dr Mahathir berkata ia masih mengumpul momentum dan belum memuncak.

“Orang ramai letih dengan pilihan raya, ini pilihan raya yang kecil jadi seperti pilihan raya yang terakhir jumlah pengundi yang pergi mengundi adalah terlalu kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Maha t h i r berharap pengundi yang berada di luar Port Dickson supaya pulang mengundi bagi menunaikan tanggungja­wab mereka.

Mengenai dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bersih mengenai salah laku ketika berkempen pada PRK itu termasuk penggunaan kenderaan rasmi kerajaan, Perdana Menteri berkata ia digunakan menteri yang juga anggota parti politik.

“Walaupun kita menteri tetapi kita orang parti. Jadi, kerja parti kena buat juga tetapi kerja parti kita tidak mendapat bayaran. Duit kita sendiri kita pakailah,” katanya.

Berhubung kehadiran Anwar pada majlis penganuger­ahan pingat kepada pesara tentera di dalam kem tentera Port Dickson ketika kempen PRK itu, Dr Mahathir berkata majlis itu bukannya program kerajaan.

“Ia bukan majlis kerajaan. Ianya veteran. Mereka sudah pun bersara. Ia bukan majlis yang dikendalik­an oleh Kemenerian Pertahanan tetapi menteri berkenaan (Mohamad Sabu) berada di situ sebagai anggota parti,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia