Utusan Borneo (Sabah)

Polis Marin rampas dua ribu telur penyu

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Marin Sandakan merampas 2,000 biji telur penyu dalam selepas mengejar sebuah bot pam di kawasan Sungai Batu Putih, pagi Khamis.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Superinten­dan (Supt) Mohd Nasir Othman berkata bertindak atas maklumat, kira-kira jam 6.10 pagi semasa menjalanka­n rondaan Ops Pensura di mana pihaknya diketuai oleh Koperal Asrin bersama tiga anggota menggunaka­n Botronda PAC 880 buat intipan dan pemantauan di kawasan Sungai Batu Putih Sandakan.

“Polis mengesan sebuah bot pam yang mencurigak­an bergerak dari arah laut lepas menuju ke Sungai Batu Putih,” katanya.

Apabila pihaknya menghampir­i bot pam itu, juragan bot pum itu bertindak memecut laju memasuki Sungai Batu Putih dan enggan berhenti.

“Anggota Pasukan Polis Marin (PPM) kemudianny­a mengejar dan berjaya menahan bot itu, bagaimanap­un juragan bot bertindak terjun ke dalam sungai dan tidak dapat dikesan,” katanya.

Beliau berkata bot pam berwarna kelabu bernombor pendaftara­n negara jiran kemudianny­a diperiksa dan menjumpai empat karung berisi telur penyu yang cuba diseludup masuk dari negara Filipina ke negeri ini.

Pihaknya kemudianny­a membawa balik barang rampasan ke pangkalan untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati terdapat 2,000 biji telur penyu dari empat karung plastik tersebut yang dianggarka­n RM4 ribu nilai pasaran,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjalanka­n siasatan di bawah kesalahan Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

 ??  ?? POLIS Marin sedang memeriksa telur penyu.
POLIS Marin sedang memeriksa telur penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia