Utusan Borneo (Sabah)

Kes seksual kanak-kanak 12 tahun

Bicara 10 hingga13 Disember ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 10 hingga 13 Disember depan, sebagai tarikh perbicaraa­n kes seorang lelaki yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu kepada Samsudin Yap Abdullah, 45, selepas Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja memaklumka­n tertuduh tidak mengalami sebarang penyakit mental dan layak dibicaraka­n.

Terdahulu, ketika pertuduhan, Peguam Paul Chin yang mewakili tertuduh meminta anak guamnya dirujuk ke hospital mental mengikut permintaan keluarga dengan alasan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan.

Mereka juga mendakwa bahawa tertuduh sebenarnya mempunyai penyakit mental yang mana kini masih berada dalam pemerhatia­n hospital sebelum ditangkap.

Dalam pertuduhan kes, tertuduh didakwa membelai bahagian alat sulit mangsa pada 25 Julai, jam 4.15 petang di pasar raya dekat Likas, di sini.

Untuk itu, dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu­kkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lelaki yang didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap lelaki lain akan dibicaraka­n pada 6 dan 7 Disember depan.

Mahkamah menetapkan tarikh baharu itu terhadap Basri Wilson, 26, setelah kes tertuduh masih dalam proses untuk disiapkan bagi pengurusan kes.

Pihak pendakwaan memohon tarikh baharu memandangk­an dokumen perbicaraa­n yang diberikan tertuduh rosak secara tidak sengaja ketika dalam penjara.

Justeru, mahkamah mengarahka­n Dinesh untuk menyerahka­n satu lagi salinan dokumen kes tertuduh sebelum perbicaraa­n berlangsun­g.

Dia didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun dengan menggunaka­n parang dengan kepanjanga­n 47cm di Jalan Tuaran di sini, pada 10 Jun, jam 5.30 pagi.

Untuk itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, sembilan lelaki warga asing dari negara Indonesia dan Filipina didakwa di mahkamah yang sama kerana masuk ke negara ini tanpa pas yang sah.

Kesemua tertuduh yang berumur antara 19 hingga 52 itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah atas kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, dan sebatan.

Bagaimanap­un, dua daripada mereka yang diwakili peguam Farazwin Haxdy dikenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara, manakala selebihnya yang tidak diwakili peguam dikenakan penjara empat bulan.

Lima daripada tertuduh turut diperintah­kan mahkamah untuk dikenakan satu sebatan dan seterusnya diarahkan untuk dirujuk ke jabatan Imigresen sebelum dihantar pulang ke negara masing- masing.

 ??  ?? TEMPOH REMAN BERAKHIR...Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya yang direman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan pada Jumaat. Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarka­n bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu dan abangnya, yang digelar Datuk, dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selepas tempoh tahanan reman berakhir pada Jumaat. -Gambar Bernama
TEMPOH REMAN BERAKHIR...Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya yang direman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan pada Jumaat. Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarka­n bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu dan abangnya, yang digelar Datuk, dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selepas tempoh tahanan reman berakhir pada Jumaat. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia