Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan disifatkan berbaur fitnah, Ariffin lapor polis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas Ketua PemudaUmno­TawauAriff­in Kassim membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pengguna Facebook yangdisifa­tkanberbau­rfitnah dan bertujuan menjejaska­n reputasi dirinya.

Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di IPD Tawau pada Khamis dan turut disertai oleh ketua-ketua cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Tawau.

“Kami ingin menyatakan bahawa dakwaan yang ditulis netizen itu tidak benar malah berbaur fitnah dan bertujuan untuk menjejaska­n reputasi saya,” katanya.

Ariffin berkata tidak dapat mendiamkan diri kerana netizen yang dikenali sebagai Muhammad Faisal itu dikatakan sudah tiga kali cuba menjejaska­n reputasi dirinya.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat bukan sahaja untuk memperbaik­i reputasi dirinya dan keluarga, tetapi untuk membela bekas ahli Umno yang menyertai Warisan.

“Kita berharap perkara ini tidak lagi berulang dan semoga menjadi pengajaran kepada netizen lain supaya memberi kenyataan dengan lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Beliau berkata kenyataan terbaharu netizen itu hanya diketahuin­ya melalui paparan WhatsApp yang dikongsika­n oleh rakan-rakannya kirakira jam 10 pagi Rabu.

Katanya, walaupun netizen itu sudah meminta maaf namun beliau meneruskan laporan polisnya kerana mahu menjadikan kes itu sebagai pengajaran kepada netizen lain.

“Kita biar polis menjalanka­n tugas untuk menyiasat kes ini dan tindakan susulan untuk saman malu pula saya akan bincangkan dengan ahli keluarga terlebih dahulu,” katanya.

Menyentuh dakwaan netizen terbabit juga, Ariffin berkata peranannya sebagai Ketua Pemuda Umno Tawau selama dua penggal banyak disiarkan menerusi keratan akhbar.

Malah, beliau yang kini menjadi Ketua Penaja Warisan Cawangan Kinabutan Besar berkata angka lebih 2,000 bekas ahli Umno menyertai Warisan bukannya direka-reka.

 ??  ?? ARIFFIN selar netizen, Muhammad Faisal yang disifatkan memberikan kenyataan berbaur fitnah dan bertujuan menjejaska­n reputasiny­a.
ARIFFIN selar netizen, Muhammad Faisal yang disifatkan memberikan kenyataan berbaur fitnah dan bertujuan menjejaska­n reputasiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia