Utusan Borneo (Sabah)

813 diberi semula jawatan

Bekas Pembantu Tadbir Sambilan lantikan KPM

-

KOTA KINABALU: Seramai 813 bekas Pembantu Tadbir Sambilan Sabah Lantikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang diberhenti­kan sebelum ini merayu kepada kerajaan agar diberi peluang menjawat semula jawatan itu.

Bekas Pembantu Tadbir, Noor Ismawaty Ismail yang mewakili kumpulan itu berkata pihaknya berharap Kerajaan Negeri baharu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat membantu menyelesai­kan isu berkenaan yang sudah sekian lama berlarutan.

“Kami berharap Kerajaan Negeri melalui Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah yang telah diwujudkan dapat membantu menyelesai­kan isu ini yang sudah banyak kali kita utarakan, namun tiada sebarang maklumbala­s yang positif diterima.

“Dokumen rayuan juga sudah diserahkan di pejabat Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah melalui serahan kaunter dan kita berharap akan ada tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Noor Ismawaty berkata rayuan demi rayuan yang dibuat sebelum ini tidak mendapat sebarang perhatian.

“Sebelum ini, wakil kami telah berjumpa dan menyerahka­n sendiri memorandum kepada mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu (semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) namun maklumbala­s yang diterima mendukacit­akan.

“Oleh itu kami berharap Kerajaan Persekutua­n dan negeri yang baharu dapat mendengar rayuan kami seterusnya kami dilantik semula’,” tambahnya.

Pada tahun 2013 Kementeria­n Pendidikan Malaysia telah mewujudkan jawatan ini bagi negeri Sabah dan Kedah untuk membantu mengurangk­an beban tugas guru dan seramai 813 orang terlibat di Sabah itu ditamatkan perkhidmat­an pada 31 Dis, 2013.-

“Kami berharap Kerajaan Negeri melalui Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah yang telah diwujudkan dapat membantu menyelesai­kan isu ini yang sudah banyak kali kita utarakan, namun tiada sebarang maklumbala­s yang positif diterima. ” NOOR ISMAWATY ISMAIL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia