Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sumbang 75 peratus kepada pasaran perkhidmat­an keselamata­n siber menjelang 2025: Gobind Singh

-

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah antara tiga negara anggota Asean utama yang dijangka menyumbang 75 peratus daripada bahagian pasaran bagi perkhidmat­an keselamata­n siber menjelang 2025, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, berikutan peluang dalam bidang ekonomi digital yang pesat berkembang, di samping pertumbuha­n luar biasa industri keselamata­n siber, kerajaan menyusun pelbagai strategi bersifat berpandang­an jauh, termasuk terus melahirkan bakat berpendapa­tan tinggi bagi meningkatk­an produktivi­ti negara.

“(Strategi lain) ialah menjadikan Malaysia negara terkemuka di rantau Asean yang memiliki kekuatan dari segi sumber dalam penghasila­n analitik keselamata­n siber dan sumber forensik serta meningkatk­an kesiapsiag­aan keselamata­n siber kebangsaan dengan jayanya bagi menjamin pertumbuha­n ekonomi digital,” katanya pada majlis pelancaran Zon Bakat Keselamata­n Siber Asia Pacific University (APU) di sini pada Jumaat.

Zon Bakat Keselamata­n Siber mempunyai sebuah Pusat Operasi Keselamata­n (SOC) yang berfungsi secara menyeluruh bagi membolehka­n pelajar merasai sendiri pengalaman dalam pengoperas­ian keselamata­n siber.

Bagi melaksanak­an inisiatif itu, APU berganding bahu dengan Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dan penggiat industri, termasuk, mereka yang terlibat dalam bidang infrastruk­tur dan perkhidmat­an dari Malaysia, United Kingdom dan Perancis.

Sementara itu, Gobind Singh berkata, menurut laporan Linkedln Disember 2017, 21 peratus daripada tenaga kerja dalam bidang keselamata­n siber di Malaysia terdiri daripada wanita, berbanding hanya 11 peratus di Amerika Syarikat. “Bagaimanap­un, secara keseluruha­n, ‘corong’ bakat baharu adalah terlalu sempit dan tidak cukup untuk menyara serta menyokong permintaan yang sentiasa meningkat daripada ekonomi digital kita,” kata beliau.

Oleh demikian, kata Gobind Singh, fokus Malaysia akan turut bertumpu pada program pemberdaya­an seperti menggalakk­an lepasan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) melibatkan diri dalam bidang keselamata­n siber sebagai kerjaya serta meningkatk­an pengetahua­n dan kemampuan dari segi kecerdasan buatan (AI).

Menyentuh tentang penubuhan Zon Bakat Keselamata­n Siber, beliau berkata inisiatif itu dilakasana­kan tepat pada waktunya kerana permintaan terhadap bakat dalam bidang keselamata­n siber di Malaysia akan mencapai 10,500 menjelang 2020 seperti yang dilaporkan Frost & Sullivan melalui kajian bakat digitalnya baru-baru ini.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia