Utusan Borneo (Sabah)

Selain guru, Ibu bapa main peranan dalam pendidikan anak-anak

- CORLLEUS -Oleh KENNEDDY

KUALA PENYU: Selain guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memacu pendidikan anak-anak terutama melalui soal sokongan dan dokongan.

Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakob berkata, tanggungja­wab guru adalah dengan mendidik dan memimpin anak-anak bagi merubah intelektua­l pelajar ke arah yang lebih baik.

“Rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada bersama ibu bapa selepas guru menjalanka­n amanah dan tugas mereka mengajar di sekolah.

“Jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan pelbagai agensi berkaitan adalah langkah positif dalam meningkatk­an mutu dan kualiti pendidikan pelajar.

“Usaha ini sekaligus berupaya melahirkan modal insan berpengeta­huan tinggi serta berkemahir­an dalam pelbagai yang menepati kehendak kebolehpas­ran kerjaya pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Seminar Keibubapaa­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerukan, Kuala Penyu, barubaru ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut berharap usaha seumpama dapat diteruskan agar pelan pembanguna­n pendidikan negara mencapai objektif.

Katanya kerjasama seumpama itu mampu membentuk generasi berketramp­ilan yang merupakan aset penting dalam pentadbira­n negara pada masa akan datang.

Kira-kira seratus ibu bapa dari sekitar Kuala Penyu menghadiri seminar berkenaan yang dianjurkan Pejabat Pelajaran Kuala Penyu dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan melibat empat buah sekolah rendah kebangsaan iaitu SK Kerukan, SK Mansud, SK Kekapor dan SK Brangkok.

 ??  ?? ABDUL Rahman menerima cenderaken­angan sempena majlis itu.
ABDUL Rahman menerima cenderaken­angan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia