Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah Mazlan selamat dikebumika­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Jenazah Allahyarha­m Mazlan Omarbaki, 25, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Batu Payung di sini pada jam 7 malam, Khamis.

Jenazah dihantar ke Lapangan Terbang Tawau (L T T) menerusi kapal terbang MH2664 MAS dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.40 petang.

Sekumpulan pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Zon Tawau juga hadir sama di LTT untuk memberikan penghormat­an terakhir.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Sabah Zuraidah Latif, diiringi Ketua Bomba Zon Tawau Ismaidi Ismail dan ketua-ketua balai Tawau, Lahad Datu Kunak dan Semporna.

Ibu arwah, Asmah Abdalis serta anak-anaknya turut berada di LTT, selain anak keduanya, Insp Nuriah yang mengiringi jenazah Mazlan dari Hospital Serdang Selangor ke Tawau.

Pesawat MH2664 tiba pada jam 5.46 petang di LTT sebelum jenazah Mazlan yang berada di dalam keranda bertutup bendera bomba diarak sambil diberikan tabik hormat.

Jenazah kemudianny­a dihantar ke rumah makciknya di Kg Batu Tinagat untuk memberikan peluang terakhir kepada ahli keluarga terdekat melihat jenazah.

Sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadika­n dengan penghormat­an terakhir diberikan oleh 80 pegawai serta anggota bomba dan penyelamat Zon Tawau.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman mewakili Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Semasa ditemui, Ma’mun menyifatka­n negara baharu sahaja kehilangan seorang

ZURAIDAH mewakili warga JBPM menyerahka­n bendera bomba kepada Asmah.

wira anak tempatan Tawau yang menjalanka­n tugas dengan penuh dedikasi dan amanah.

“Hari ini kita berasa sedih dengan kehilangan seorang wira yang masih muda dan terkorban semasa menjalanka­n penugasan penyelamat­an mangsa hilang di lombong.

“Sebagai wakil Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri, kita mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berharap anak muda mencontohi­semangatar­wah,” katanya.

Ma’mun berkata semangat arwah yang bertugas tanpa takut dan gentar perlu dijadikan pengajaran besar seluruh rakyat, khusunya golongan muda menabur bakti demi negara.

Pada masa sama, beliau percaya kejadian yang berlaku sudah menjadi takdir dan orang ramai diharap tidak menuding jari sebaliknya mengambil iktibar dan hikmah kejadian.

Utusan Borneo yang berada di tanah perkuburan mendapati ratusan warga dari pelbagai latar belakang turut hadir memberikan penghormat­an terakhir kepada arwah Mazlan.

Untuk rekod, arwah terkorban bersama lima rakannya dari unit Pasukan Penyelamat­an Di Dalam Air (PPDA) di lombong Taman Putra Perdana Puchong Selangor pada Rabu.

Selain arwah, turut terkorban, Mohd Fatah Hashim, 34, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

 ??  ?? JENAZAH Mazlan diangkat di Lapangan Terbang Tawau sambil diberikan tabik hormat oleh para pegawai dan anggota JBPM Sabah Zon Tawau.
JENAZAH Mazlan diangkat di Lapangan Terbang Tawau sambil diberikan tabik hormat oleh para pegawai dan anggota JBPM Sabah Zon Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia