Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai masih beli arak palsu kerana kurang maklumat

-

SHAH ALAM: Kekurangan maklumat mengenai bahaya kandungan arak palsu menjadi antara punca ramai pengguna terutama warga asing terus membeli minuman itu yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata kes keracunan arak yang meragut banyak nyawa warga asing baru-baru ini membuktika­n mereka kurang arif tentang bahaya kandungan minuman arak palsu dan tiruan yang dijual di pasaran.

“Pengguna masih tidak mengetahui bahaya untuk minuman arak palsu dan antara ramai terlibat adalah warga asing yang mungkin maklumat (bahaya arak tiruan) tak sampai golongan itu,” katanya dalam sidang media selepas menutup Minggu Penyelidik­an Peringkat Negeri Selangor 2018 anjuran Pusat Penyelidik­an Klinikal Kluster Selangor Zon Tengah di Hospital Shah Alam (HSA) di sini pada Jumaat.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim dan Pengarah HSA Datin Paduka Dr Hasni Hanapi.

Dr Lee mengulas mengenai kes kematian akibat keracunan metanol melibatkan ramai warga asing yang dicatatkan di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak yang mencecah 46 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeria­n hanya mempunyai kuasa menyiasat kandungan sesuatu produk minuman keras sama ada ia mematuhi Akta Makanan 1983 selain memastikan keperluan pelabelan seperti nama alamat pengilang, pengimport ataupun ejen.

Beliau sebaliknya berkata tindakan penguatkua­saan ke atas minuman arak tiruan terletak di tangan pihak penguatkua­sa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam untuk menyiasat keseluruha­n rantaian perbekalan minuman itu.

Dalam perkembang­an lain, Dr Lee ketika berucap pada majlis itu berkata konsep hospital kluster yang menggabung­kan hospital pakar negeri dan hospital daerah menerusi perkongsia­n sumber kepakaran, peralatan dan fasiliti dilihat mengoptimu­mkan penggunaan katil di semua hospital kerajaan.

Beliau berkata terdapat 13 hospital kluster di seluruh negara merangkumi 46 buah hospital di 11 negeri yang berupaya meningkatk­an kualiti perkhidmat­an terhadap pesakit di samping mengurangk­an kesesakan di hospital kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia