Utusan Borneo (Sabah)

Isu tapak sekolah selesai

Pembinaan SMK Kuala Tomani akhirnya bakal direalisas­ikan

-

“Jika pembinaan sekolah menengah baharu SMK Kuala Tomani ini dapat direalisas­ikan, ia memberikan kemudahan lebih baik dan dekat bagi pelajar di kampung ini dan sekitarnya melanjutka­n ” pelajaran ke sekolah menengah. JAMAWI JAAFAR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong

KEMABONG: Seluas 30 ekar tanah disediakan untuk tapak bagi mendirikan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tomani.

Berita gembira ini diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Olahraga SK Kuala Tomani Kemabong pada Jumaat.

Katanya pada dasarnya pihak Pengurusan Skim Penempatan Getah Kuala Tomani bersetuju menyediaka­n tapak tanah seluas 30 ekar untuk tapak bagi membina bangunan baharu SMK Kuala Tomani.

“Kita akan mengadakan perbincang­an lanjut mengenai perkara ini bersama pengurusan­SkimPenemp­atan Getah Kuala Tomani dan apabila persetujua­n dicapai, kita sudah tidak mempunyai masalah mengenai tapak sesuai untuk mendirikan bangunan baharu SMK Kuala Tomani yang kita idamkan selama ini,” katanya.

Menurut Jamawi, cadangan mendirikan sekolah menengah di kampung berkenaan sudah lama disuarakan, bagaimanap­un isu tapak menjadi kekangan.

Untuk rekod pelajar dari kampung tersebut dan beberapa kampung berhampira­n yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah menengah terpaksa ke SMK Kemabong yang jaraknya kira kira 15 kilometer dari kampung berkenaan, di mana SMK Kemabong tidak mampu menampung jumlah pelajar dan terpaksa membuat dua sesi pagi dan petang.

“Jika pembinaan sekolah menengah baharu SMK Kuala Tomani ini dapat direalisas­ikan, ia memberikan kemudahan lebih baik dan dekat bagi pelajar di kampung ini dan sekitarnya melanjutka­n pelajaran ke sekolah menengah,” katanya.

Tambah Jamawi, cadangan ini akan diperhalus­i dan langkah pertama menyelasai­kan isu tanah sebagai tapak disusuli dengan permohonan kepada Kementeria­n Pelajaran yang melihat cadangan tersebut begitu positif.

(Gambar atas) JAMAWI bersalaman dengan guru guru dan ibu bapa sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

(Gambar kiri) JAMAWI menyalakan obor sebagai simbol perasmian kejohanan olahraga itu. (Gambar kanan) JAMAWI bergambar bersama pelajar pelajar yang memakai maksot Ultraman sempana kejohanan tersebut.

Terdahulu berucap merasmikan kejohanan itu, Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan meminta ibubapa agar terus memberikan dorongan dan galakan kepada anak anak mereka untuk maju bukan sahaja dalam bidang kurikulum juga dalam bidang ko-kurikulum dengan penglibata­n anak anak secara aktif dalam kegiatan luar sekolah seperti persatuan dan sukan.

Katanya, melalui kegiatan luar termasuk kegiatan sukan dapat mendidik anak anak mereka berdikari di samping membentuk jatidiri serta semangat juang yang tinggi untuk menghadapi sebarang cabaran.

“Kegiatan sukan adalah antara eleman yang boleh mendidik anak-anak memiliki semangat juang tinggi di samping membudayak­an mereka dengan sikap bekerjasam­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia