Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha, Hospital Labuan johan Anugerah Pertanding­an Kebersihan Tandas

-

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha muncul johan Anugerah Pertanding­an Kebersihan Tandas 2018 anjuran Perbadanan Labuan Bagi Kategori Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Dengan kejayaan itu, sekolah itu membawa pulang RM1,500, sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin menasihatk­an warga sekolah agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamata­n tandas sekolah yang sentiasa digunakan oleh pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa serta pelawat.

Naib johan SM St Anthony yang meraih RM1,000, sijil penghargaa­n dan dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

SMK Pantai IBWS pula menduduki tempat ketiga sekali gus menerima RM800, sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Dua lagi sekolah, SMK Lajau dan SM St Anne menerima saguhati berupa sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Bagi kategori Pejabat Agensi Kerajaan, johan disandang Hospital Labuan yang menerima RM2,000, sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Naib johan, Jabatan Pengairan dan Saliran, sekali gus meraih RM1,500, sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Jabatan Bekalan Air menduduki tempat ketiga dan menerima RM1,000, sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas.

Empat hadiah saguhati berupa sijil penghargaa­n dan hamper kelengkapa­n pembersiha­n tandas diterima Jabatan Kerja Raya, Jabatan Belia dan Sukan, Kolej Matrikulas­i Labuan dan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP).

Semua hadiah disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan Haji Rithuan Haji Mohd Ismail di Menara Perbadanan Labuan pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Perbandara­n Dato’ Othman Che Jusoh dan Pengarah JabatanPen­gurusanMak­lumat Juanidi Mohammad.

Majlis itu diadakan untuk mengiktira­f tandas-tandas awam sekolah menengah dan pejabat agensi kerajaan di WP Labuan yang telah berusaha meningkatk­an tahap kebersihan tandas awam masing-masing.

Objektif Penilaian Kebersihan Tandas itu adalah untuk memberi kesedaran awam, khususnya kepada para pelajar sekolah menengah serta kakitangan di jabatan kerajaan betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas awam.

Limasekola­hmenengahi­aitu SM St Anne, SM St Anthony, SMK Pantai, SMK Lajau dan SMK Rancha-Rancha telah menghantar penyertaan untuk dipertandi­ngkan dalam penilaian kebersihan tandas itu.

Bagi pejabat agensi kerajaan pula, sebanyak lapan agensi telah menghantar pencalonan iaitu Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kolej Matrikulas­i Labuan, Jabatan Muzium Malaysia, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kerja Raya dan Hospital Labuan.

Melalui penilaian tandas yang dibuat, ia juga dapat memberi imej yang baik kepada sesebuah sekolah mahupun jabatan khususnya dari aspek penjagaan kemudahan awam.

Program Penilaian Kebersihan Tandas juga adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat agar sama-sama menjaga kebersihan tandas awam dan tidakhanya­bergantung­kepada kontraktor pembersiha­n yang telah dilantik.

 ??  ?? RITHUAN (dua kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Omar Baki dan Penolong Kanan HEM Yahya Ahmad Puteh (dua kanan) sambil diperhatik­an Othman (kiri) dan Junaidi (kanan).
RITHUAN (dua kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Omar Baki dan Penolong Kanan HEM Yahya Ahmad Puteh (dua kanan) sambil diperhatik­an Othman (kiri) dan Junaidi (kanan).
 ??  ?? WAKIL Hospital Labuan, Mohammad Dzulkiflie (dua kanan) menerima hadiah disampaika­n Rithuan sambil diperhatik­an Othman (kiri) dan Junaidi (kanan).
WAKIL Hospital Labuan, Mohammad Dzulkiflie (dua kanan) menerima hadiah disampaika­n Rithuan sambil diperhatik­an Othman (kiri) dan Junaidi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia