Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat perubatan di HDOK dipertingk­at

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Perkhidmat­an perubatan kepada penduduk di daerah ini akan dipertingk­at dengan adanya bangunan radiologi baharu di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata, bangunan baharu berkenaan akan dilengkapi dengan empat jenis peralatan yang keseluruha­nnya bernilai RM4.777 juta.

Ia termasuk CT Scan yang bernilai RM1.495 juta, Mammografi (RM1.3 juta), Fluoroscop­i (RM1.797 juta) dan Ultrasonog­rafi (RM185 ribu).

“Dengan adanya peralatan dan bangunan baharu ini, sudah pasti pesakit yang memerlukan rawatan seumpama tidak perlu lagi pergi ke hospital besar yang lain. Lebih mudah dan menjimatka­n kos pesakit,” katanya ketika sidang media di sini pada Khamis.

Bangunan radiologi baharu itu dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 8 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Stephen berkata pembukaan bangunan radiologi itu adalah antara inisiatif yang dilaksanak­an dalam menambahba­ik kualiti perkhidmat­an di hospital di negeri ini.

“Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dari segi kekurangan peralatan mesin, doktor pakar serta kemudahan lain. Semua ini akan kita usahakan secara berperingk­at-peringkat. Ini kerana, kita sedar ia memerlukan peruntukan yang besar.

“Antara kemudahan yang sangat mendesak adalah kekurangan tempat letak kereta terutamany­a di lima buah hospital besar di negeri ini termasuk Hospital Queen Elizabeth 1 dan 2, Hospital Likas, HDOK dan Hospital Besar Tawau.

“Kita akan memohon peruntukan dan berharap permohonan ini akan disenaraik­an dalam Rancangan Malaysia ke11. Tempat letak kereta seperti dicadangka­n adalah yang bertingkat tetapi ia memerlukan kos jutaan ringgit. Kita akan usahakan demi keselesaan rakyat,” katanya.

 ??  ?? STEPHEN ketika sidang media.
STEPHEN ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia