Utusan Borneo (Sabah)

Konsep Geo Tourism diperkenal

Untuk memperkasa industri pelanconga­n di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN “Oleh yang demikian saya telah mengarahka­n Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai menyediaka­n kertas cadangan diserahkan kepada Kabinet negeri untukdiper­timbangkan dan diluluskan ”

KOTA KINABALU: Konsep Geo Tourism bakal diperkenal­kan sebagai salah satu produk pelanconga­n baharu di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, produk itu bakal diwujudkan dalam beberapa tahun ini apabila Taman-Taman Sabah bakal diiktiraf sebagai Tapak Geopark Kebangsaan oleh Unesco Global Geopark Site.

“Cadangan Kinabalu Unesco Global Geopark sangat dialu-alukan dan ia adalah satu konsep baharu dalam produk pelanconga­n Sabah.

“Oleh yang demikian saya telah mengarahka­n Setiausaha Tetap

Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai menyediaka­n kertas cadangan diserahkan kepada Kabinet negeri untuk dipertimba­ngkan dan diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, keluasan Kinabalu Geopark termasukla­h di semua kawasan Taman-Taman Kinabalu, daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu dengan jumlah keluasan menjangkau 75, 370 hektar keseluruha­n.

“Saya gembira perkara ini menjadi satu fenomena kepada Sabah...marilah bersama-sama menjayakan misi ini.

“Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) juga turut menggalakk­an negaranega­ra untuk melindungi dan memelihara kebudayaan dan tapak warisan semula jadi yang kaya dengan kepelbagai­an biodiversi­ti.

“Taman Kinabalu dipilih disebabkan ia mempunyai tapak warisan bentuk muka bumi di negara ini khususnya Sabah. Kita mahu kawasan ini dipelihara kepada generasi kini dan juga masa depan bukan sahaja untuk fungsi ekologinya tetapi untuk tujuan pendidikan, rekreasi dan pembanguna­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, tapak Kinabalu Unesco Global Geopark akan melonjakka­n imej Sabah gah di persada dunia seterusnya meningkatk­an perkembang­an industri pelanconga­n.

Katanya, ia sekaligus akan membawa manfaat sosioekono­mi kepada komuniti tempatan yang terlibat dalam inisiatif itu.

“Secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan khususnya berkaitan dalam industri pelanconga­n serta perniagaan,”katanya.

Baru-baru ini beliau telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai dari Taman-Taman Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tujuan itu.

 ??  ?? CHRISTINA ( duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain ketika perjumpaan itu.
CHRISTINA ( duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain ketika perjumpaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia