Utusan Borneo (Sabah)

MYJICA anjur ‘Kiken Yochi Training Clinic’ pada 13 Oktober

-

KOTAKINABA­LU:myJICA akan menganjurk­an Program Kiken Yochi Training (KYT) bertempat di Ranhill Powertron Sdn Bhd, Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu, di sini pada 13 Oktober ini.

Seminar ini dijangka disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Powertron dan dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan Ranhill Powertron, Exco serta ahli myJICA Chapter Sabah yang lain.

Presiden myJICA Norazizul Abdul Aziz berkata program itu mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada pihak Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah serta pihak pengurusan MYTC.

Jelasnya ia merupakan salah satu daripada program tahunan myJICA khususnya di bawah penyelaras­an myJICA Chapter Sabah. Program KYT di Sabah merupakan yang ke-2 selepas penganjura­n program yang sama pada Januari lepas.

“KYT merupakan singkatan kepada bahasa Jepun yang bermaksud latihan mengenal pasti hazard (bahaya). Ia adalah salah satu subjek dalam modul latihan ‘Training on Occupation­al Safety & Health Management for Lao PDR, Myanmar & Vietnam’ di bawah ‘Third Country Training Program ‘ (TCTP) dengan kerjasama JKKP dan JICA sejak tahun 2013.

“Para peserta akan didedahkan dengan pilihan kaedah yang mudah, murah dan praktikal bagi pengurusan risiko keselamata­n dan kesihatan. Applikasi ini boleh digunakan ke atas tempat kerja dan bukan tempat kerja, dan ia telah diubahsuai daripada konsep asal menjadi konsep ‘klinik’,” katanya.

Menurut Norazizul, myJICA telah ditubuhkan dan didaftarka­n di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 1988 sebagai penghubung dalam mempromosi persahabat­an di antara Malaysia dan Jepun di samping antara bekas peserta.

MYJICA

Beliau berkata kebanyakan peserta yang menjadi ahli myJICA terdiri daripada penjawat awam yang telah menjalani kursus dan program teknikal anjuran JICA.

Sehingga kini tambahnya, terdapat lebih daripada 8,000 peserta Malaysia yang telah menjalani pelbagai bidang program latihan teknikal. Daripada itu, lebih 4,000 ahli myJICA telah didaftarka­n.

 ??  ?? bersama peserta dalam penganjura­n program KYT yang pertama di Sabah.
bersama peserta dalam penganjura­n program KYT yang pertama di Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN Exco Jawatankua­sa myJICA yang baru diketuai oleh Norazizul (duduk, empat dari kanan) semasa Mesyuarat Agung Tahunan myJICA. NORAZIZUL (berdiri, kanan) menerimasi­jilpenghar­gaan sebagai presiden daripada Ketua Perwakilan JICA Malaysia Kensuke Fukawa.
BARISAN Exco Jawatankua­sa myJICA yang baru diketuai oleh Norazizul (duduk, empat dari kanan) semasa Mesyuarat Agung Tahunan myJICA. NORAZIZUL (berdiri, kanan) menerimasi­jilpenghar­gaan sebagai presiden daripada Ketua Perwakilan JICA Malaysia Kensuke Fukawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia