Utusan Borneo (Sabah)

Seorang daripada lima kanak-kanak Australia adalah mangsa buli siber: Kaji selidik

-

CANBERRA: Seorang daripada lima kanak-kanak Australia adalah mangsa buli siber, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pesuruhjay­a eKeselamat­an negara itu, Julie Inman Grant.

Bercakap kepada Kelab Akhbar Kebangsaan pada Rabu, beliau menggesa agar isu buli siber ditangani menerusi kurikulum sekolah di peringkat nasional dan berkata keselamata­n dalam talian telah menjadi “antara cabaran utama keibubapaa­n ketika ini”.

Menurut Xinhua, Pejabat Pesuruhjay­a e-Keselamata­n telah meneliti aduan berkaitan penderaan dalam talian sejak tahun 2015, dan mendapati satu daripada empat laporan membabitka­n “ancaman keganasan atau bahaya secara langsung” yang menyasarka­n seorang kanak-kanak.

“Purata umur mangsa ialah 14 tahun; kanak-kanak perempuan lebih banyak menjadi mangsa buli dalam talian berbanding lelaki; dan hampir semua penderaan dalam talian berlaku dalam kalangan rakan sebaya serta mempunyai pertalian dengan konflik sosial dalam kawasan sekolah,” kata Inman Grant.

“Pengalaman kita menunjukka­n bahawa aduan berhubung isu buli siber menjadi semakin rumit, begitu mendesak dan serius.”

Buli siber menjadi tumpuan ramai awal tahun ini apabila Dolly Everett, 14, dari Wilayah Utara telah membunuh diri selepas menjadi mangsa buli dalam talian.

Inman Grant berkata tidak ada “jalan pintas” untuk menangani isu itu namun pihak sekolah perlu memainkan peranan penting.

“Bagi membantu mencapai perubahan masyarakat ini, kita perlu memperkuku­h nilai-nilai penting dalam kalangan kanak-kanak di rumah sambil mengintegr­asikan prinsip-prinsip yang sama ke dalam kurikulum,” katanya.

“Bagaimana mungkin kita benar-benar mampu mempersiap anak-anak kita untuk menjadi tenaga kerja di masa depan jika kita tidak mengajar mereka kemahiran dan tingkah laku yang mereka perlukan bagi meneruskan kehidupan di dunia baharu dalam talian yang serba mencabar ini?”

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh pejabat Inman Grant mendedahka­n bahawa 96 peratus ibu bapa memerlukan “maklumat tambahan dari segi keselamata­n dalam talian untuk membantu mereka menguruska­n risiko dalam talian yang terdedah kepada anakanak mereka.”

“Kebimbanga­n mereka mencakupi pelbagai aspek termasuk melindungi privasi dalam talian anak-anak mereka dan prihatin dengan semua tanda dan gejala bagi menentukan sama ada anak mereka telah mengalami sebarang bentuk penderaan dalam talian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia