Utusan Borneo (Sabah)

ABE pertahan juara keseluruha­n

- Tenis ABE pertahanka­n gelaran juara keseluruha­n tenis Sukan Staf UMS. Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kontinjen Audit, Bendahari dan Endowmen (ABE) mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n acara tenis buat tahun kedua berturuttu­rut dengan menyapu bersih semua kategori yang dipertandi­ngkan pada Sukan Staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-17 2018.

Acara tenis yang berlangsun­g di gelanggang tenis UMS pada 13 September–4 Oktober itu mempertand­ingkan kategori perseorang­an lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Kejayaan ABE dimulakan perseorang­anutamanya,Mohd Fadely Chin yang menewaskan pemain berpengala­man kontinjen Fakulti Psikolgi dan Pendidikan (FPP), Prof. Dr. Muhammad Suhaimi Taat dengan keputusan pro-set 7-4 pada perlawanan akhir yang sengit.

Kemenangan Fadely itu menyemarak­kan semangat rakan sepasukan dan disusuli dengan kemenangan beregu campuran menerusi gandingan Onnin Osthen/Donna Totu yang menewaskan gandingan Dr Joko Sulistyo/Natasa Hazelny (Black Panthers) 8-4.

Gandingan muda Jeniffer Leonard/Zulin Jiwin meneruskan penguasaan ABE walaupun dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 8-4 ke atas satu lagi wakil kontinjen Black Panthers, Roslinda Sanan/Siti Norlizah Limat dalam kategori beregu wanita.

Gandingan Salleh Wahab/Al-Hami Zurairi kemudianny­a melengkapk­an kejuaraan bergaya ABE dengan menumpaska­n pemain Versatile Azmi Jumat/Kasim Utudiki dari Mix FKJI 81 dalam kategori terakhir beregu lelaki.

Gembira dengan kejayaan itu, pengurus pasukan tenis ABE, Salleh Wahab berkata, ia adalah hasil kesungguha­n dan semangat juang pemain sepanjang kejohanan.

“Walaupun kebanyakan kami diwakili oleh pemain muda yang masih mentah dan kurang berpengala­man tetapi komitmen tinggi yang berterusan, sikap tidak mudah mengalah dan semangat berpasukan serta setiakawan yang ditunjukka­n telah mendorong kami untuk memberikan yang terbaik untuk kontinjen ABE,” katanya.

Apapun katanya, keputusan pertanding­an itu adalah perkara kedua kerana yang paling penting adalah wujudnya semangat kekeluarga­an di kalangan warga UMS dalam kejohanan itu.

“Sebenarnya kalah ataupun menang itu bukanlah menjadi prospek utama kami. Apa yang lebih penting adalah peluang untuk meningkatk­an indeks keceriaan dan interaksi kekeluarga­an di kalangan warga UMS menerusi aktiviti sukan yang diadakan,” katanya.

Sambil itu, pengerusi penganjur acara tenis Sukan Staf UMS 2018, Davis Juadis memuji semangat kesukanan tinggi yang ditunjukka­n seramai 47 orang pemain pada kejohanan itu.

“Bagi pihak penganjur, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­ndanucapan­terima kasih kepada para peserta yang telah menunjukka­n komitmen dan semangat kesukanan yang terpuji sepanjang kejohanan

SKUAD

ini diadakan,” katanya.

Tenis adalah salah satu sukan yang dipertandi­ngkan pada Sukan Staf UMS yang diadakan sejak 20 Julai sehingga 5 Oktober 2018 berkenaan.

Acara lain yang turut dipertandi­ngkan adalah futsal, bola tampar, sepaktakra­w, ping-pong dan acara larian.

Sebanyak 17 kontinjen mengambil bahagian yang dibentuk melalui gabungan antara jabatan, fakulti, pusat, institut, dan unit yang terdapat di UMS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia