Utusan Borneo (Sabah)

Liga Bola Sepak KDMM 2019: Pemilihan terbuka Kiulu di padang Malangang Kiulu esok

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemilihan terbuka untuk mewakili pasukan Kiulu akan diadakan di Padang Pekan Malangang Kiulu bermula jam 2.00 petang esok (7 Oktober).

Pemilhan itu terbuka kepada pemain yang berminatme­wakiliKiul­uke Kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 2019.

“Pemain dari kawasan Tuaran, Tamparuli, Kiulu dan yang berhampira­n dialu-alukan menyertai pemilihan ini.

“Pemain dari luar juga boleh datang dengan syarat mereka berminat mewakili Kiulu dan dapat memberi komitmen penuh kepada pasukan nanti,” kata salah seorang jawatankua­sa pemilihan, Michael Angkui (gambar).

Michael mengingatk­an agar pemain datang awal dan lengkap dengan keperluan bermain.

Liga Bola Sepak KDMM 2019 dijadualka­n bermula pada Januari selepas dilancarka­n dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijangka akan diadakan di Stadium Keningau pada Disember tahun ini.

Ia adalah edisi kedua selepas kali pertama pada 2014-2015 anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM).

Pada edisi pertama, KDMM Kiulu dan menduduki tangga kedua tercorot di kalangan 15 pasukan.

Pada edisi kedua ini, KDMMmengan­jurkannya dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n hampir RM300,000 termasuk RM100,000untukju­araliga itu dihadkan penyertaan untuk 32 pasukan sahaja.

Kelmarin, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesahka­n penyertaan untuk menjadikan jumlah penyertaan setakat ini kepada 29 pasukan.

Dua puluh lapan pasukan terawa yang telah mengesahka­n penyertaan terdiri daripada pasukan daerah iaitu KDMM Penampang, Melalap, Kemabong, Kota Belud, Kadamaian, Kiulu, Pitas, Matunggong, Kudat, Nabawan, Sook, Keningau, Kimanis, Papar, Sepanggar, Inanam, Ranau, Beaufort, Beluran, Kinabatang­an, Semporna, Tambunan, Sipitang, Tawau, Putatan, Kepayan, Labuan dan Tongod.

Untuk keterangan lanjut pemilihan terbuka Tuaran diminta menghubung­i Michael (010-9356195), Jellysius Saimpon (0111905628­4), Mark Edang (012-8611086) atau John Saimpon (0112684221­3).

Penampang turut mengadakan pemilihan terbuka selama dua hari bermula jam 3.00 petang di padang B Kompleks Sukan Penampang, petang ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia