Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Britain maut dipatuk ular laut

-

SYDNEY: Seorang pemuda Britain meninggal dunia selepas dipatuk oleh seekor ular laut ketika bertugas di atas sebuah kapal pukat tunda nelayan di luar pantai utara di Australia, kata pihak berkuasa semalam, dalam satu kes luar biasa di sebalik racun berbisa haiwan marin tersebut.

Pemuda berusia 23 tahun itu telah dipatuk ketika beliau menarik naik jala pada waktu sekitar tengah hari kelmarin ketika kapal itu berada kirakira 70 batu nautika di selatan Groote Eylandt, sebuah pulau di Gulf of Carpentari­a, menurut Polis Northern Territory.

Pengurus operasi St John Ambulance Craig Garraway memberitah­u Northern Territory News bahawa anggota paramedik telah pergi ke kapal pukat tunda tersebut “namun malangnya pada masa mereka sampai di sana beliau sudah meninggal dunia”.

Kapal itu kemudian berlabuh di pekan kecil Borroloola di mana lelaki itu, dilaporkan sebagai seorang pengembara, telah disahkan meninggal dunia.

Polis menyatakan pihak kedutaan Britain telah dimaklumka­n mengenai kematianny­a dan satu ujian bedah siasat akan dilakukan.

Kira-kira 30 daripada 70 spesies ular laut yang diketahui – reptilia marin ditemui di perairan tropika – telah ditemui di Australia.

Ular laut adalah sangat berbisa namun dianggap sebagai bukan jenis agresif dan jarang sekali menyerang kecuali diprovok.

Marine Education Society of Australasi­a berkata kebanyakan patukan ular laut berlaku di atas kapal pukat tunda, walaupun hanya satu bahagian kecil adalah berbahaya kepada manusia selain ia adalah jarang bagi racun begitu untuk disuntik.

Ia menyatakan tiada kematian sebelum ini telah direkodkan akibat patukan ular berbisa di perairan Australia. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia