Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tampar wanita kena enam bulan

-

PARIS: Seorang lelaki Perancis yang dirakamkan dalam video ketika menampar seorang gadis di sebatang jalan Paris selepas gadis tersebut memarahiny­a kerana membuat komen lucah telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kelmarin.

Rakaman kamera pengawasan menunjukka­n seorang lelaki berusia 25 tahun menyerang Marie Laguerre, seorang pelajar berusia 22 tahun, di luar sebuah kafe pada Julai telah tular selepas Laguerre memuat naik video tersebut ke dalam media sosial.

Ia menunjukka­n lelaki itu mengambil sebuah bekas abu rokok dan melontarny­a ke arah Laguerre serta kemudian menampar mukanya.

Dalam akaun Facebookny­a mengenai serangan itu, Laguerre berkata lelaki itu menggunaka­n “bahasa kotor, dalam satu sikap yang memalukan dan provokatif” ketika beliau berselisih dengannya di jalan raya dan bahawa beliau memberitah­unya agar “menutup mulut dan pergi dari situ”.

Kelmarin, mahkamah mengarahka­n defendan membayar ganti rugi sebanyak 2,000 euro kepada Laguerre, melarang dia berhubung dengannya dan turut mengarahka­n dia agar menghadiri kelas mengenai keganasan seksis dan keganasan di kalangan pasangan.

Ia turut memutuskan bahawa sekiranya dia melakukan kesalahan semula dalam tempoh tiga tahun akan datang dia akan menjalani hukuman penjara selama enam bulan lagi.

Memberikan reaksi terhadap keputusan itu, Laguerre telah memujinya sebagai “adil” dan berkata beliau berasa sangat lega penyerangn­ya telah diarahkan menghadiri kursus anti-seksis.

Serangan itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia, mencetuska­n limpahan perpaduan dengan Laguerre.

 ??  ?? LAGUERRE menjawab pertanyaan wartawan ketika tiba untuk menghadiri perbicaraa­n seorang lelaki yang dituduh melakukan gangguan seksual dan keganasan terhadapny­a kelmarin di bangunan mahkamah di Paris. — Gambar AFP
LAGUERRE menjawab pertanyaan wartawan ketika tiba untuk menghadiri perbicaraa­n seorang lelaki yang dituduh melakukan gangguan seksual dan keganasan terhadapny­a kelmarin di bangunan mahkamah di Paris. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia