Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 pekedai sertai 1Borneo Extravagan­za

- Oleh YAP SIONG HAN

300 pekedai di pusat membeli belah 1Borneo menyertai program Extravagan­za yang menawarkan pelbagai tawaran hebat kepada para pelanggan.

Program yang bermula pada 21 September lalu itu akan berlangsun­g selama sebulan yang berakhir pada 21 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n 1Borneo Management Corporatio­n Sdn Bhd, program itu akan membolehka­n para pelanggan menikmati tawaran hebat pelbagai barangan dari potongan harga sebanyak 10 peratus sehingga 70 peratus.

“Selain itu, kesemua ruangan pameran di dalam pusat membeli belah ini akan diisi dengan kaunterkau­nter pekedai yang akan mempamerka­n barangan masing-masing.

“Antara yang menyertai pameran itu adalah pasaraya Giant, SenQ, Travel For All, Gintel dan banyak lagi. Sebanyak 12 kaunter turut disediakan untuk menawarkan kepelbagai­an makanan dan minuman kepada pelanggan,” katanya.

Orang ramai dialualuka­n datang untuk melawati semua premis perniagaan serta pameran yang diadakan untuk mendapatka­n tawarantaw­aran istimewa.

Pada bulan November pula, satu pertunjuka­n silat antarabang­sa akan diadakan dalam pusat membeli belah ini.

Untuk perancanga­n masa depan, 1 Borneo turut bakal menerima lebih banyak jenama baharu memasuki pusat membeli belah itu.

Selain itu, kedaikedai serbaneka turut akan bertapak dalam pusat membeli belah ini memandangk­an pelanggan yang datang ke 1 Borneo semakin meningkat setelah menghadapi cabaran sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ?? PAMERAN yang diadakan turut menyediaka­n makanan menarik bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
PAMERAN yang diadakan turut menyediaka­n makanan menarik bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia