Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk kesal tiada tindakan tangani masalah banjir kilat

-

KUALA PERLIS: Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, pada Jumaat kesal masalah banjir kilat yang sering berlaku di tempat mereka masih gagal ditangani menyebabka­n penduduk di lebih 40 buah rumah resah setiap kali berlakunya hujan lebat.

Goh Took Yong, 66, yang mengusahak­an inap desa berkata masalah itu berlaku apabila setiap kali hujan lebat, air akan masuk ke dalam rumah menyebabka­n pelbagai barangan miliknya rosak dan mengalami kerugian ribuan ringgit.

“Saya yang dah duduk di taman ini lebih 20 tahun, setiap kali hujan saya terpaksa tanggung kerugian akibat air yang masuk ke dalam rumah dan bukan saya seorang saja yang kena penduduk lain pun sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini sudah mengubahsu­ai rumahnya dengan cara menaikkan lagi struktur bahagian rumah namun masalah titu masih belum selesai.

Beliau turut mendakwa sistem pintu air yang diseliakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang berhampira­n dengan taman itu rosak selain longkang yang airnya penuh dengan cepat bila setiap kali hujan.

Seorang lagi penduduk Shahril Hafidzal Hakimin, 35, berkata sistem perparitan yang ada juga gagal menyelesai­kan masalah berkenaan.

Beliau berkata JPS sepatutnya perlu memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dengan melakukan penyelengg­araan secara bersistema­tik.

“Longkang yang kecil tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak selain mengalami masalah longkang yang berbau busuk kerana ia bertakung,” katanya yang telah menetap lebih 10 tahun.

Pengarah JPS negeri Asnol Adzhan Abd Manap ketika dihubungi berkata antara masalah utama berlakunya banjir di kawasan itu disebabkan pam yang sepatutnya menyedut air ke laut rosak akibat vandalisme di samping masalah sampah sarap menjadi punca air tidak dapat mengalir ke laut dengan baik.

Berikutan itu pihaknya akan mengadakan lawatan tapak dalam masa terdekat ini bagi melihat tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia