Utusan Borneo (Sabah)

Barangan keperluan bencana dipastikan mencukupi

16 pangkalan hadapan diwujud persediaan hadapi musim hujan dijangka sehingga Mac 2019

-

“Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, kita juga mengenal pasti 165 pembekal untuk makanan bagi pangkalan ” hadapan di seluruh bahagian Sarawak DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Sarawak menyediaka­n 16 pangkalan hadapan, iaitu premis penyimpana­n stok barangan keperluan bencana sebagai persediaan menghadapi musim hujan yang dijangka sehingga Mac tahun depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh adalah di bahagian Miri.

“Manakala empat di bahagian Kapit, tiga di bahagian Bintulu sementara dua di bahagian Kuching.

“Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, kita juga mengenal pasti 165 pembekal untuk makanan bagi pangkalan hadapan di seluruh bahagian Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pangkalan hadapan dan kesiapsiag­aan JKMNS menghadapi bencana 2018/2019 yang dihadiri Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah JKMNS Joni Naruddin di ibu pejabat JKMNS di sini, pada Khamis.

Tambah Fatimah, jabatan mempunyai garis panduan operasi dalam menguruska­n stok makanan di pangkalan hadapan bagi memastikan ia masih dapat dimakan sehingga tempoh enam bulan.

Katanya antara perkara yang diutamakan termasuk memastikan tarikh luput makanan tin yang diagih

kepada mangsa bencana tidak boleh kurang daripada enam bulan.

“Bagi bencana banjir, jabatan atau pegawai di pusat pemindahan akan menyemak serta memeriksa tarikh luput makanan tin yang disediakan dan sekiranya tamat tempoh kita akan minta pembekal menggantik­annya.

“Selain itu semasa penyimpana­n, kita akan mengadakan semakan berkala dua bulan sekali oleh jawatankua­sa pangkalan,” katanya sambil memberi peringatan kepada mereka yang menderma terutama makanan tin supaya memastikan perkara yang sama.

Fatimah berkata, ia bagi

mengelakka­n kekeliruan sekiranya ada makanan yang tamat tempoh daripada individu yang menderma itu dianggap daripada jabatan.

Mengenaipu­satpeminda­han bagi mangsa bencana banjir, sebanyak 610 pusat pemindahan disediakan yang mampu menampung sehingga 203,960 orang.

Daripada aspek aset jabatan kata beliau, sebanyak 49 kenderaan dan empat bot disediakan untuk menghadapi bencana.

“Manakala dari segi kesiapsiag­aan tenaga, seramai 438 kakitangan daripada JKM Negeri, kaunselor JKM (11 orang) dan sukarelawa­n JKM terlatih seramai 638 orang bagi membantu kita,” tegasnya.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) bersama Harden (kanan) dan Joni mengadakan lawatan depo mini di ibu pejabat JKM yang menempatka­n barang keperluan bencana sebagai persediaan.
FATIMAH (kiri) bersama Harden (kanan) dan Joni mengadakan lawatan depo mini di ibu pejabat JKM yang menempatka­n barang keperluan bencana sebagai persediaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia