Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak akan bantu Keluarga Yahya

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghulurk­an bantuan kepada keluarga Allahyarha­m Yahya Ali, 24 yang terkorban bersama lima lagi anggota bomba semasa menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor malam Rabu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada Khamis.

Bagaimanap­un katanya, bentuk bantuan yang akan diberikan belum dapat dipastikan ketika ini memandangk­an perkara itu perlu dimaklumka­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kepada keluarga Allahyarha­m, cuma buat masa ini masih belum tahu bentuk bantuan yang akan dihulurkan.

“Saya akan bangkitkan dalam mesyuarat kabinet pada 18 Oktober ini. Saya juga akan memaklumka­n perkara ini kepada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) yang ketika ini masih berada di luar negara atas tugas rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sidang media mengenai penganjura­n Konvensyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ke-12 di sini pada Khamis.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Dalatberka­ta,kematian Yahya merupakan kehilangan besar kepada Sarawak khasnya dan negara amnya.

“Ini adalah tragedi yang amat menyedihka­n bukan hanya kepada keluarga mangsa tetapi seluruh rakyat Sarawak lebih-lebih ia berlaku lagi ketika menjalanka­n tugas mencari dan menyelamat. Takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

“Bagi pihak Kerajaan Sarawak, kita menzahirka­n rasa dukacita dan simpati terhadap musibah yang dialami mangsa dan sudah tentu menimbulka­n kesedihan serta kehilangan kepada keluarga serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia