Utusan Borneo (Sabah)

AMK Sarawak berduka dengan tragedi menimpa enam anggota bomba

-

KUCHING: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak turut berduka dengan tragedi yang meragut nyawa enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi menyelamat mangsa lemas yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana berhampira­n kawasan perumahan La Cottage, Selangor.

Mangsa yang terkorban dalam operas itu ialah Allahyarha­m Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Mazlan Omarbaki, Yahya Ali, Adnan Othman dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari.

“Mereka adalah wira kita. AMK Sarawak juga difahamkan bahawa salah seorang mangsa iaitu Allahyarha­mYahyaAlib­erasal dari Mukah, Sarawak.

“Justeru, AMK Sarawak berharap keluarga wira tersebut terus tabah dengan ujian ini,” kata Ketua Penerangan AMK Sarawak Saifunniza­m Sam dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Pada masa sama, beliau berkata AMK Sarawak juga mencadangk­an dan berharap kerajaan Pakatan Harapan mengiktira­f pengorbana­n mereka dengan menaikkan pangkat wira-wira ini sebagaiman­a mana wira-wira dalam pasukan tentera dan polis yang pernah terkorban ketika bertugas sebelum ini.

“AMK Sarawak yakin sekurang-kurangnya pencen mangsa-mangsa nanti dapat meringanka­n beban balu, anak dan keluarga untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Sekali lagi, AMK Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga wira-wira kita. Moga kalian tenang di sana,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia