Utusan Borneo (Sabah)

MBM akui pincang tangani isu pelupusan bangkai anjing

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengakui wujudnya kepincanga­n dalam pengendali­an anjing liar yang ditangkap mereka terutama apabila melibatkan isu pelupusan bangkai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) hingga mendapat perhatian beberapa pihak.

Datuk Bandar Miri Adam Yii (gambar) pada sidang media khas yang diadakan di MBM petang semalam mengakui berlaku kesilapan dalam pengendali­an tersebut yang tidak sepatutnya terjadi dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap perkara itu bagi memastikan setiap tindakan dilaksana mengikut SOP yang betul.

“Sejak awal tindakan, aktiviti ini melibatkan banyak peringkat, daripada penangkapa­n, penghantar­an (ke kawasan kurungan), mengurung anjing dan seterusnya melupuskan anjing yang dijangkiti virus, pihak MBM mengakui mungkin berlaku kekurangan dan kesilapan di sepanjang peringkat pelaksanaa­n tersebut,” katanya.

“Bagaimanap­un saya memberi jaminan perkara ini tidak akan berulang dan MBM akan berusaha mengendali­kan setiap peringkat dan langkah menangani anjing-anjing ini dengan lebih teratur dan mengikut SOP yang sepatutnya,” ujarnya.

Beliau memperjela­skan isu tersebut sebagai maklum balas terhadap laporan polis yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon pagi semalam yang mendakwa kakitangan MBM yang menguruska­n hal-hal pelupusan bangkai anjing dipercayai tidak mengikut SOP yang betul dan meminta siasatan dilakukan ke atas perkara itu.

“Baharu semalam (Rabu) saya memperkata­kan mengenai SOP ini dan pihak Majlis akan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya, seterusnya Dr Ting berkesempa­tan melawat kawasan kurungan anjing tersebut dan menemui enam bangkai anjing yang tidak ditanam atau dilupuskan dengan cara yang betul,” jelas beliau sambil melahirkan rasa kesal terhadap perkara tersebut.

Sehubungan itu kata Adam, beliau turut mengarahka­n dua pegawai kanannya dari Bahagian Kesihatan Awam dan Penyelengg­araan MBM Pegawai Kesihatan Persekitar­an Arweena Iskandar dan Pembantuny­a Ting Tin Teck yang turut hadir pada sidang media tersebut, untuk melakukan siasatan ke atas perkara berkenaan.

Bertindak tegas ke atas perkara tersebut, beliau juga mahu setiap kakitangan yang terbabit melupuskan bangkai anjing yang dijangkiti wabak ini mematuhi SOP yang betul.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia