Utusan Borneo (Sabah)

Langkah turun had umur pengundi kepada 18 tahun belum sesuai dilaksana

-

KUCHING: Langkah kabinet persekutua­n menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun masih belum sesuai dilaksanak­an di negara ini.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan berkata meskipun langkah tersebut merupakan idea yang baik namun ia belum sesuai dilaksanak­an pada masa ini.

Menurut Snowdan, umur 18 tahun adalah masa untuk anak-anak memberi tumpuan kepada pelajaran di peringkat kolej dan universiti dan bukannya berpolitik.

“Secara peribadi saya rasa ia idea yang baik tetapi tidak untuk masa sekarang. Kita tidak mahu anak-anak kita yang berusia 18 tahun terlibat dalam politik jalanan dan sebagainya.

“Apatah lagi dalam usia seperti ini mereka masih di bawah jagaan ibu bapa dan masih belum dapat berfikir secara matang dalam hal berkaitan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Seminar Masa Depan Dalam Teknologi di Sarawak di Hab Inovasi Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) di Icom Square di sini pada Khamis.

Tambah Snowdan yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan, rakyat negara ini memilih setiap lima tahun dan setiap undi itu adalah penting dalam menentukan masa depan dan corak pentadbira­n negara.

Tetapi menurut Snowdan, mengundi pada umur yang terlalu muda iaitu 21 tahun ke bawah masih dikira sebagai undian yang tidak berkualiti kerana mereka tidak faham kerajaan mana yang terbaik.

“Bagi saya umur 21 tahun adalah cukup bagus untuk mengundi malah di Singapura mereka masih kekalkan umur mengundi 21 tahun meskipun mereka jauh lebih maju daripada kita.

“Sebabnya adalah kerana mereka (Singapura) mahu undian yang berkualiti untuk pemimpin dan kerajaan yang berkualiti,” kata Snowdan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Laut Dr Hazland AbangHipni­berkatapen­gundi muda amat signifikan kerana mereka mewakili 40 peratus daripada jumlah pengundi.

Peratusan ini katanya, adalah besar dan jika pengundi muda pada usia 18 tahun dibenarkan mengundi mereka sendiri mungkin tidak yakin dalam membuat pilihan.

Justeru katanya, pelbagai bentuk program melibatkan belia perlu diadakan untuk mereka memahami perkaraper­kara ini terutama berkaitan peranan mereka menentukan masa depan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia