Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan perkenalka­n subsidi minyak lebih seimbang

Tidak terlalu membebanka­n negara dan masih murah untuk rakyat

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menilai penyelesai­an subsidi minyak RON95 yang lebih seimbang pada tahun hadapan apabila ia tidak terlalu membebanka­n negara dan pada masa yang sama, masih murah untuk rakyat.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan sedang membincang­kan peruntukan subsidi bagi 2019, termasuk subsidi bahan api, yang dijangka akan diumumkan semasa Bajet 2019 pada 2 November nanti.

“Kami masih merangka (Bajet 2019). Kami masih belum menentukan nilainya (untuk subsidi)… mungkin akan ada peningkata­n atau penguranga­n (dalam subsidi bahan api). Semuanya akan diumumkan di Parlimeni (semasa Bajet 2019). Kami sedang membuat penilaian bagaimana kesannya ke atas ekonomi negara.

“Kami juga sedang berusaha bagi menurunkan status Malaysia sebagai negara pengguna. Perbelanja­an pembanguna­n dijangka meningkat (dalam Bajet 2019) memandang Malaysia sedang bergerak ke arah negara pengeluar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Beautyexpo 2018 di sini semalam.

Beautyexpo 2018 yang dianjurkan oleh UBM Asia, bakal menyaksika­n penyertaan lebih daripada 380 pempamer tempatan dan antarabang­sa yang mewakili pelbagai jenama dalam bidang kecantikan, rambut, kuku, alat solek, pendidikan, bahan semula jadi, kesihatan serta kosmetik halal dari 30 buah negara termasuk Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Acara selama empat hari yang bermula semalam, dijangka akan menarik 17,500 pengunjung unik yang mencari penyumbera­n produk, rangkaian dan bagi menyertai program industri yang meliputi semua aspek dalam industri kecantikan.

Ekspo ini disokong oleh persatuan kesihatan dan kecantikan yang terkemuka seperti Persatuan Ahli Estetik Antarabang­sa, Persatuan Spa Malaysia, AllStar Barber Connection dan Persatuan Kerjasama Cosbeauty Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia