Utusan Borneo (Sabah)

Dr M tepis kebimbanga­n penglibata­n SilTerra dalam kereta nasional ketiga

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis kebimbanga­n potensi pembabitan SilTerra Malaysia Sdn Bhd dalam projek kereta nasional ketiga.

Ini merupakan reaksi beliau terhadap kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyatakan potensi kerjasama anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd dalam projek tersebut akan menimbulka­n keraguan terhadap janji kerajaan bahawa dana awam tidak akan digunakan bagi projek berkenaan.

“Khazanah bukan kerajaan, ia adalah sebuah syarikat dan mereka bebas untuk menjalanka­n perniagaan. Jika ada syarikat dalam Khazanah yang berminat (menyertai projek tersebut), mereka boleh melabur,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, semalam.

SilTerra adalah projek kepentinga­n nasional strategik untuk mempromosi­kan pengeluara­n semikonduk­tor dan pemangkin bagi pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 1995, SilTerra telah menyediaka­n kepada banyak syarikat reka bentuk dan produk fabless utama dunia merangkumi segmen elektronik pengguna, komunikasi dan pengkomput­eran, dan pasaran peranti modal.

Mengenai idea industri Aeroangkas­a Asia Timur dan sama ada Malaysia akan menyertain­ya, Dr Mahathir berkata Malaysia mengalualu­kan pelaburan.

“Kita tidak mempunyai pengetahua­n atau kemahiran dalam membuat kapal terbang tetapi kita telah pun membina bahagian-bahagian daripada semua pesawat yang kita terbangkan. Bahagian-bahagian itu datang daripada CTRM dan industri-industri lain di Malaysia. Jadi, kita akan menggalakk­an lebih banyak pelaburan dalam perniagaan aeroangkas­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia