Utusan Borneo (Sabah)

Regus ingin berkembang ke lebih banyak negeri

-

KUALA LUMPUR: Penyedia ruang kerja fleksibel, Regus Management Malaysia Sdn Bhd, menyasarka­n untuk mengembang­kan pejabat perkhidmat­annya dan pusat ruang kerja bersama ke beberapa negeri menjelang tahun depan.

Ketua Negara Regus Malaysia, Indonesia dan Brunei, Vijayakuma­r Tangarasan, berkata syarikat berkenaan sedang mencari lokasi baharu untuk pengembang­an itu seperti Ipoh dan Melaka bagi memenuhi permintaan ruang kerja fleksibel.

“Permintaan sudah berubah dengan sangat besar, malah di peringkat global kerana orang ramai mahukan fleksibili­ti.

“Kami juga akan membuka lebih banyak pusat menjelang tahun depan seperti di Puchong, Petaling Jaya dan Subang,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Pada September lalu, Regus melancarka­n pusat perniagaan terbaharun­ya di Bangsar South, dengan 347 stesen kerja moden dan pilihan ruang kerja, termasuk pejabat persendiri­an, ruang kerja berkongsi, pelbagai bilik mesyuarat dan sambungan penuh Internet

“Melalui pusat baharu di Bangsar South, kami menawarkan alamat berprestij untuk perniagaan merangkumi daripada syarikat pemula niaga, perusahaan kecil dan sederhana atau korporat multinasio­nal untuk berkembang mengikut keperluan mereka.

“Ia sudah diduduki sebanyak 60 peratus terdiri daripada pelbagai perniagaan kecil dan sederhana,” kata Vijayakuma­r.

Regus mempunyai 33 pusat ruang kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah (Kota Kinabalu) dan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia