Utusan Borneo (Sabah)

EU halang Malaysia daripada mencapai matlamat pembanguna­n mampan PBB

-

KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok telah mengkritik Kesatuan Eropah (EU) kerana menghalang Malaysia daripada mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi usaha berterusan untuk mengeluark­an minyak sawit dari pasarannya.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Malaysia telah mengambil pelbagai usaha untuk melabur dalam kemampanan dan mematuhi amalan mampan, tetapi tindakan antikelapa sawit EU itu telah menghantar mesej kepada negara-negara pengeluar minyak sawit bahawa pelaburan dalam kemampanan tidak akan berhasil dan sia-sia.

“Hutan kami melepasi ikrar antarabang­sa kami sebanyak 50 peratus litupan hutan, sementara pengkritik terlibat tidak boleh menyatakan perkara yang sama.

“EU harus membantu negara-negara membangun dalam mencapai SDG, bukannya mengenakan peraturan dan dasar yang membebanka­n usaha mereka,” katanya dalam temu bual selepas menyampaik­an ucaptama di Persidanga­n Minyak Sawit Eropah di Madrid, Sepanyol pada Khamis.

Sebelum itu, Kok dan delegasiny­a bertemu dengan anggota Perikatan Sepanyol untuk Minyak Kelapa Sawit dan Persatuan Biodiesel Sepanyol yang menyatakan sokongan berterusan untuk minyak sawit lestari Malaysia dan menekankan kemunculan Sepanyol sebagai destinasi utama bagi minyak sawit ke Eropah.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk menangani kempen antisawit dengan mempromosi­kan manfaat kelapa sawit dan pengeluara­n mampan.

Kerajaan Sepanyol telah menolak usul Parlimen EU untuk melarang biofuel sawit dengan menyatakan bahawa ia melanggar konvensyen Pertubuhan Perdaganga­n Dunia. Sepanyol adalah antara pengimport utama minyak kelapa sawit Malaysia dengan mengimport 259,701 tan metrik daripada Januari hingga Ogos tahun ini, meningkat 46.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia