Utusan Borneo (Sabah)

PLUS jamin buka ruang perniagaan kepada usahawan tempatan di R&R

-

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan akan terus memberi peluang kepada usahawan tempatan berniaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliann­ya, meskipun syarikat konsesi itu memeterai perjanjian bersama beberapa jenama makanan dan minuman peringkat nasional dan antarabang­sa semalam.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata transforma­si yang dilakukan dengan memperkena­lkan tawaran baharu itu adalah seiring dengan kehendak dan tabiat pemakanan masyarakat masa kini.

“Daripada kajian yang kami jalankan mereka (pengguna) mahukan keduadua jenis makanan dari segi rasa dan sihat. Jadi kita besarkan lagi ruang perniagaan yang memberi peluang kepada usahawan tempatan dan jenama besar negara berniaga,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani Rakan Niaga Baharu PLUS yang melibatkan 10 jenama makanan dan minuman.

Jenama itu adalah Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donut, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear. Azman berkata dengan termeterai­nya perjanjian itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli mengikut kemampuan mereka.

“Kita ada ruang makanan bernilai dan makanan bajet yang memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih berdasarka­n citarasa masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata PLUS sedang melaksanak­an projek pembaikan R&R Rawang (arah utara) dengan mengubahsu­ai rekaan dalaman yang berkonsepk­an minimalis.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia