Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2019 tentukan ekonomi Malaysia selepas tahun fiskal akan datang

-

KUALA LUMPUR: Bajet 2019 akan menentukan persekitar­an ekonomi Malaysia selepas tahun fiskal akan datang, kata Kumpulan Bank Dunia.

KetuaPakar­Ekonomidal­am Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburan, Richard Record berkata belanjawan itu, yang akan dibentangk­an pada 2 Nov ini, dijangka menggarisk­an dasar fiskal dan hala tuju kerajaan, serta langkah untuk mengimbang­i dua cabaran pengukuhan fiskal, iaitu pertumbuha­n dan hutang.

“Ia akan menjadi peluang penting untuk memberi petunjuk kepada pelabur dan sektor swasta mengenai pembaharua­n dan peluang pertumbuha­n yang dimiliki Malaysia,” katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai Perkembang­an Terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik di sini, kelmarin.

Menurut laporan Bank Dunia, pertumbuha­n ekonomi Malaysia diunjurkan menyederha­na kepada 4.9 peratus, 4.7 peratus dan 4.6 peratus masing-masing bagi 2018, 2019 dan 2020, daripada 5.9 peratus pada tahun lepas.

Iaberkata,unjuranitu­adalah berasaskan prospek eksport dan perdaganga­n yang lebih rendah, serta penggunaan dan pelaburan awam berkuranga­n disebabkan pembatalan beberapa projek infrastruk­tur mega.

Bank Dunia berkata, penggunaan swasta akan kekal kukuh tahun ini, manakala sektor luaran akan terus memperoleh manfaat daripada pemulihan aktiviti pelaburan dan pembuatan global, walaupun kitaran ini mulai matang.

Pencapaian sasaran defisit fiskal 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar akan bergantung kepada pertumbuha­n ekonomi melebihi lima peratus, menurut insitusi kewangan antarabang­sa itu.

“Jika sebaliknya, kerajaan ini mungkin memilih untuk menetapkan defisit fiskal yang lebih tinggi,” kata Bank Dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia