Utusan Borneo (Sabah)

Program saringan mata pada 13 Oktober di Tawau

-

TAWAU:JabatanOft­almologi HospitalTa­waubersama-sama Majlis Perbandara­n Tawau, Rotary Club of Tawau dan Lion Club of Tawau Central akan menganjurk­an saringan mata sempena sambutan Hari Penglihata­n Sedunia 2018.

Program ini akan diadakan pada 13 Oktober bertempat di Perkaranga­n Belakang Bangunan Majlis Perbandara­n Tawau dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Saringan secara terbuka yang julung-julung kali diadakan ini akan dijalankan ke atas orang awam di sekitar Bandar Tawau untuk mengesan mereka yang mengalami masalah penglihata­n.

Saringan mata ini juga dijalankan untuk meningkatk­an tahap kesedaran masyarakat Tawau tentang kepentinga­n mengesan penyakit mata pada peringat awal untuk mencegah kebutaan.

Sambutan Hari Penglihata­n Sedunia adalah kempen kesedaran yang dijalankan setiap tahun oleh The Internatio­nal Agency of Preventabl­e Blindness (IAPB) bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap kebutaan dan kecacatan penglihata­n.

Menurut National Eye Survey II yang telah dijalankan ke atas 413,000 orang berumur 50 tahun dan ke atas pada tahun 2014 di seluruh Malaysia, 113,000 orang dikesan mengalami masalah penglihata­n.

Katarak, rabun dan diabetik retinopati adalah antara penyebab utama yang menyebabka­n masyarakat mengalami masalah penglihata­n.

Sejajar dengan tema Eye care Everywhere yang telah dilancarka­n oleh IAPB pada tahun ini, diharapkan agar penerapan pemahaman kepada masyarakat Tawau mengenai penyakit mata dan masalah penglihata­n dapat ditingkatk­an melalui program ini.

Kepentinga­n untuk mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan mata secara berkala juga akan ditekankan melalui saringan mata yang akan dilakukan ini.

Sehubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat mengurangk­an kadar kebutaan dan kecacatan penglihata­n di kalangan masyarakat Tawau dan seterusnya melahirkan sebuah masyarakat yang peka terhadap kesihatan mata dan penglihata­n.

Diharapkan warga Tawau akan datang beramai-ramai untuk menjalani pemeriksaa­n mata secara percuma.

Selain pemeriksaa­n mata, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan termasukla­h pemeriksaa­n tahap gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaa­n tekanan darah, nasihat pemakanan seimbang, pameran Kenali Ubat Anda, aktiviti Derma Darah dan Kempen Derma Organ.

 ??  ?? PROGRAM saringan mata sempena sambutan Hari Penglihata­n Sedunia 2018 anjuran bersama Jabatan Oftalmolog­i Hospital Tawau bersama-sama Majlis Perbandara­n Tawau, Rotary Club of Tawau dan Lion Club of Tawau Central.
PROGRAM saringan mata sempena sambutan Hari Penglihata­n Sedunia 2018 anjuran bersama Jabatan Oftalmolog­i Hospital Tawau bersama-sama Majlis Perbandara­n Tawau, Rotary Club of Tawau dan Lion Club of Tawau Central.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia